Assalamualaikum..semoga sihat2 belaka..
Bila sebut je sambal ikan bilis, pasti terbayangkan nasi lemak yg berbalut dgn daun pisang tu kan. Tambah pula kalau sambal ikan bilis tu ditambah petai..owhhh, sedappp nya. Tak perlu makan dgn nasi lemak pun dah cukup sedap. Mau la bertambah 2,3 pinggan nasi dibuatnya.
Sy suka sambal ikan bilis yg agak kering & ikan bilisnya masih garing..sangat marah rasanya bila ikan bilis di dalam sambal tersebut menjadi lembik. Tp lain org, lain citarasanya kan. Utk sambal yg sedap, pd sy perlu lebih bawang..sebab manis dr air bawang tu akan menyedapkan lg sambal kita. Dan utk ikan bilis yg garing, sy goreng dulu ikan bilis tersebut. Apabila sambalnya telah masak, sejukkan dulu baru dimasukkan ikan bilis & digaul rata. InsyaAllah ikan bilisnya akan kekal garing & tidak lemau.
Harini kita mkn sambal ikan bilis dgn telur dadar je. Sangat simple lauknya, tp rasanya sgt mabeles (utk org kampung mcm sy la) huhuhu. Kalau ada ulam timun pun menarik juga. Tp yg paling menarik tentunya si petai yg anggun menawan. Rasa mcm nak tanam je pokok petai, sbb kat cni petai 2papan berharga rm6..kecil2 pula tu. Tp korang pernah rasa tak petai dlm tin??kalau tak salah brand Ayam Brand. Petai tu rasa mcm original & besar2. Agak berbaloi juga. Utk yg teringin mencuba, sila lah salin resipi di bawah ya.. ;)
Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Anim Ismail
Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Anim Ismail
Bahan-bahannya
Segenggam ikan bilis yg telah di kopek
2 senduk nasi cili kisar
2biji bawang besar* - saiz sederhana
6biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2" belacan* - dibakar dahulu
2 sudu teh pes asam jawa
1 biji bawang besar - dihiris
Garam & gula secukup rasa
1-2 papan petai - kupas, ambil isinya
Minyak utk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak & goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & ketepikan.
2. Biarkan minyak menggoreng ikan bilis tadi & masukkan cili kisar.
3. Sementara tu, kisar bahan-bahan yg bertanda (*) & masukkan ke dlm kuali bersama cili tadi.
4. Biarkan ia sehingga betul2 garing. Kemudian masukkan pes asam jawa.
5. Tambahkan garam & gula secukup rasa & masukkan petai bersama bawang yg dihiris.
6. Masak sebentar sehingga bawang agak layu & tutup api. Biarkan sejuk baru dimasukkan ikan bilis yg telah digoreng.
No comments:
Post a Comment