Pages

Saturday, October 19, 2013

Purple Sweet Potato Rose Pau @ Pau Keledek Bunga Ros

Assalamualaikum..


Yg ni menu breakfast kami. Tergoda & menggoda kan rupanya. Dulu sy pernah buat resipi ni, & kini terasa mcm teringin nak makan lg. Membuatnya memang tak mudah, tp hasil nya sgt menawan..lupa segala susah payah nak membuatnya. Sebenarnya takda la susah mana, cuma agak remeh & makan masa sedikit jika nak dibandingkan dgn pau biasa.

Rasanya tak perlu dipertikaikan, memang sedap..lembut & gebu. Buat pagi, sampai ke petang masih lembut. Apabila makan pun sangat mengasyikkan, sebab kelembutan & warna nya yg menarik. Utk kali ni sy letak inti kacang & juga plain tidak berinti. Bila plain tu rasa mcm mkn mantou pula..boleh di makan bersama nutella or jem. Nak cicah kari or sardin pun menarik juga.

Resipinya sy ambil dr blog Kak Azlita..Kak Azlita pula ambil dr blog Wendy. Hebat sungguh idea pencipta pau ni. Org mcm sy takkan pernah terpikir utk buat pau yg sebegini comel & unik. Terima kasih kepada pencipta nya. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki anda, tidak kisah la siapa pun anda. Sy share resipi nya di sini supaua lebih ramai dpt berkongsi ilmu yg menarik ni.


Purple Sweet Potato Rose Pau

Bahan-bahannya
250 gm keledek manis warna purple - di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

Cara-caranya
1. Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
2. Sy masukkan semua bahan kedalam bread maker dan set doh dan biar hingga ia menjadi doh yang lembut. 

*Kalau guna tangan.
Bancur sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis).
Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.

3. Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
5. Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.

Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step nya di blog Kak Azlita ye1. Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm
2. Ambil 6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe.
3. Susun keenam-enam doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih.

4. Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau. Sy letak inti kacang merah.
Bulatkan bentuk bulat sebesar guli.
5. Letakkan 2 biji guli kacang merah di atas doh yang telah disusun.
Perhatian! sila pastikan anda meletakkan inti pada doh yang pertama di canai yang berada di sebelah bawah.
6. Gulungkan doh. Untuk mengelakkan inti dari terkeluar, gulung seperti nak buat kuih dadar pada permulaan doh.
Kemudian gulung doh hingga hujung.
7. Potong doh yang telah kita gulung dengan chopstick. Sy potong  menggunakan pemotong doh.
8. Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.
9. Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
10. Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda. Doh yang telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
11. Kukus pau selama 10-12 minit


No comments:

Post a Comment