Pages

Tuesday, October 1, 2013

Laksa Penang

Haaa, telah terjawab persoalan kenapa sy sgt gigih menyiang ikan aritu kan. Sebab nak buat laksa ni la, kalau saja2 maybe belum sampai seru utk siang ikan tu..huhuu. Minggu lepas kami pegi makan laksa kat Old Town, sebab situ je laksa paling tersedap kat pulau ni..tp sgt mengecewakan bila laksa tersebut sudah tidak menawan hati lg, rasanya agak hambar & kuah nya juga cair berbanding sebelum ini.

Walaupun rasanya agak kurang memuaskan, tp Kashfe sangat suka. Lebih 10urat laksa di mkn ( kira banyak la tu, selalunya 2,3 suap nasi je). Jd enche somi memberikan cadangan supaya sy buat sendiri laksa..rasanya tentu lebih lazat, boleh mkn sepuas hati & paling penting sebab Kashfe sukakan Laksa. Biasanya laksa dibuat menggunakan ikan sardin, tetapi di pasar haritu tiada stok ikan sardin & terpaksa la sy guna ikan kembung.

Ini 1st sy nak buat laksa sebenarnya. Selalunya tahu mkn je. Resipi ni pula sy mintak dr my sis..dia tu mcm gugel bergerak, tanya resipi apa pun, semua dia boleh bg on da spot..kagum sungguh. Enche somi yg paling tak sabar nk rasa..& keputusan yg diberikan, laksa tersebut adalah sgt sedap..cuma kurang pedas sebab Kashfe nk join sama. Gembiranya rasa hati bila telah berjaya memasak laksa dgn jayanya. Resipinya boleh tengok di bawah ya..daaaa


Laksa Penang
Oleh: Marina Ismail

Bahan-bahannya
(3 org makan)
1 paket laksa - direndam & direbus
700g ikan kembung - rebus & ambik isi
1 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
1 inci belacan* - dibakar sekejap
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah jika suka pedas
4-5 keping asam keping
1 kuntum bunga kantan - dibelah 2
Beberapa batang daun kesum
Garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan hiasan
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Cili padi - dihiris (jika suka pedas)
Otak udang - jika suka

Cara-caranya
1. Rebus ikan sehingga masak dan simpan air rebusan untuk dibuat kuah. 
2. Asingkan isi ikan daripada tulang. Isi ikan tersebut sy hanya ramas2 utk menghancurkan nya, boleh juga dikisar.
3. Tulang ikan pula dikisar dan ditapis airnya. Campurkan bersama air rebusan tadi.
4. Kisarkan bahan yg bertanda (*) & masukkan ke dalam air rebusan ikan. Masukkan juga cili kisar, asam keping serta bunga kantan.
5. Kemudian, tambahkan isi ikan tadi. Masak dgn api perlahan hingga merenih.
6. Sesuaikan rasa dgn garam & gula.
7. Boleh lah dihidangkan bersama laksa & bahan-bahan hiasan tadi. Selamat menjamu selera ;)



1 comment:

  1. unlikeeeeeeeeeee sangat. sila delete post ni. aku bg masa 6 minggu :D

    ReplyDelete