Pages

Monday, April 18, 2011

Kacang phool a.k.a foul beans™

Sorrryyyy sumer sebab lambat bg resepi ni..janji nak bg ari Sabtu aritu, tp postponed sampai ke arini..teruk tul anim ni. bukan sy sengaja tp ke’bz’an yg melampau.. Sabtu aritu my sis Mary (nama glemer) bg i assignment, iaitu masak Kacang Phool.

Kacang phool ni sebenarnya makanan org Johor..walaupun sy bukan org Johor, tp kita kn 1 Malaysia..apa salahnya mencuba. Kacang phool yg kering kita boleh jumpa kat tempat yg banyak jual kacang2 indian version tu. Tp utk resepi ni kita guna yg dlm tin. Masa skolah dulu sy panggil kacang ni ‘kacang telinga gajah’..yg dia ada kulit hitam kat luar n lebar mcm belalai gajah..kalau korang ada nama yg lg menarik bleh la kita share meshare..huhuu.

Skang jom kita tengok bahan2 utk buat kacang phool.

Bahan A
7 biji bawang merah (shallots)
7 ulas bawang putih
1½ sudu (besar) ketumbar
1½ sudu (besar) jintan kasar
*ketumbar & jintan kasar digoreng dahulu tanpa minyak hingga naik bau
**kesemua Bahan A dikisar hingga halus

Bahan B
2 sudu minyak sapi aka ghee (utk menumis)
1 paket daging kisar
2 tin kacang foul (1 tin dilenyekkan @ dikisar)
Garam & gula (secukup rasa)

Hiasan
Bawang besar (didadu)
Lada hijau (didadu @ dihiris)
Limau kasturi
Telur mata (sunny side up eggs)

inilah rupanya foul beans yg sebenar
*utk kali ni sy sengaja mix kan dgn kacang peas

Cara-cara membuat nya

Panaskan minyak sapi & tumis Bahan A hingga naik bau & garing.

Setelah b’bau wangi, masukkan daging kisar & biar hingga daging tersebut masak.

Apabila daging masak, masukkan kacang phool bersama sedikit air. Sesuaikan dgn garam & gula.

Kacang phool ni biasanya kita mkn bersama dgn roti yg di sapu sedikit butter.

Nampak menyelerakan x?? Jgn lupa cuba ya

8 comments:

  1. 1st time tgk resepi ni..nmpk sedap jeh

    ReplyDelete
  2. suka kacang ni...kalu buat roti bakar ngan ni..nyummy

    ReplyDelete
  3. @Farrah ~ Memang sangat sedapp pd anim..nnt farrah try buat ye.. ;)

    @Hawa ~ ye ke?dpt resepi baru ni..bleh la try nnt..hehe

    ReplyDelete
  4. hamboi.. sedapnye.. dan lagi tu masak snap gambar.. heheh

    ReplyDelete
  5. @Cik Ezy ~ sangat dadappp..weeee

    @effa ~ 2 in 1..sambil masak sambil bgambar..nasib x main kejar2 dlm dapur..heheee

    ReplyDelete