Friday, May 9, 2014

Bun Wholemeal


Dlm banyak2 jenis roti, sy paling suka roti wholemeal..tak tahu la kenapa. Maybe sebab bila mkn tu tak rasa terlalu plain. Ramai juga yg kata roti wholemeal ni agak susah nak jadi selembut & segebu roti putih biasa. Tp tak salah kita mencuba kan. Konon nak bg lebih lembut lg, sy pun menggunakan kaedah yg menggunakan tangzhou, atau nama lain nya water roux. Jgn pandang remeh pd water roux ini, ia boleh memberikan impak yg besar pd roti anda.

Resipi yg menggunakan water roux ini mungkin agak cerewet, tp bila lihat hasil roti yg mengagumkan itu pasti semua kepenatan pun hilang..hehee. Bun ni boleh juga diletakkan filling, atau di buat sausage roll. Sy sengaja buat plain bun utk di cicah bersama susu & utk kudapan Kashfe. Owh ya, kalau taknak guna water roux boleh juga digantikan dgn 1tsp bread improver atau bread softener. Selamat mencuba ya ;)



Mini Wholemeal Sausage Buns
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya:
330gram tepung roti (tepung high protein)
120gram tepung wholemeal
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
40gram @ 2 sudu besar shortening@butter@marjerin
1/2 sudu kecil garam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
120ml susu suam@air suam
3 sudu besar water roux@ 1 sudu kecil bread softner @ bread improver
1 sudu kecil baking powder

* untuk gliss dan topping*
- sedikit bijan dan ros guna egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila)

Cara-caranya:

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.

4. Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan gentelkan memanjang, lilitkan pada sosej dan susun di dalam di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik,  biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, acuan petak atau dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti.

5. Gliss permukaan bun dengan egg wash, taburkan dengan sedikit bijan, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template