Monday, April 21, 2014

Vadai / Vadey / Magelek & 3 Layer Tea


Indian kuih in da houz..sekali sekala teringin plak nk mkn kuih ni. Rupanya benda ni ada banyak nama, yg sy selalu panggil vadey je. Paling pelik nama magelek tu..adakah min kuih ni sambil bergelek?hahahah. Dulu sy penah buat kuih ni sekali, tp yg spoil nya lupa nak letak garam..aiyooo. Sebenarnya bkn salah sy, dlm resipi tu yg tak tulis kena letak garam.

So, kali ni kita buat lg skali utk puaskan hati..dgn penambahan garam ye. Sebenarnya kuih ni sgt mudah utk di sediakan, cuma perlu rendam kacang nya 4jam sebelum disediakan. Version sy, sy suka lebih bawang & pedas. So, sy potong2 cili padi dlm kuih tu. Fuhhh, bila mkn berasap telinga..baru lah umphhh. Minum plak bersama 3 layer tea sejuk. Taktau nak ckp betapa nikmatnya..rasa tak berhutang (upsss, hutang ptptn masih ada ye).

3 layer tea tu senang gak nak buatnya, cuma teknik nya kena betul. Sy suka sgt teh ni sebab bau gula melaka tu sgt la wangi..ditambah dgn lemak dr susu cair. Gabungan yg sgt sempurna..ntah genius mana la yg merekacipta resipi 3 layer tea ni kan. So lps ni tak payah la nak order kat kedai dah..buat sendri je kat umah. Lps tu minum la bape banyak pun..hehehe. Sila salin resipi di bawah ya.



Vadey
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA:
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 camca teh jintan manis
2 tangkai cili kering, gunting kecil2
1 tangkai daun kari, dilurut
2 biji cili hijau, dihiris - sy tambah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:
  1. Toskan kacang dhal tadi, kemudian kisar hingga hancur, kalau masih ada sedikit biji2 kacang dhal pun tak mengapa. Kisar tanpa air. (mat guna food processor). Tuang ke dalam bekas.
  2. Masukkan jintan manis, cili kering, bawang besar dan daun kari (kalau daun kari anda besar, hiris sedikit). Gaul rata dan tambah garam secukup rasa. Biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, sapu dengan sedikit minyak makan, dan ambik anggaran 1 camca besar penuh adunan vadai, bulat2 dan leperkan sedikit. Susun atas loyang yang telah dialas plastik dan juga disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. Jika suka, boleh juga masukkan beberapa helai daun kari dalam minyak gorengan tadi bagi menambah aroma. Boleh hidangkan untuk minum petang.

3 Layer Tea 
Oleh: Noorsha

Bahan-bahannya:
Teh Pekat
Susu Cair ( ros susu sejat jenama ideal)
Gula melaka pekat ( ros letak simpulan daun pandan dalam air gula melaka ni)
ketulan ais

Cara-caranya:
1. Masukkan gula melaka pekat ke dalam gelas, ikut citarasa memasing. 
2. Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas... Baru masukkan susu cair.
3. Akhir sekali baru masukkan teh pekat pelan2...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template