Tuesday, April 1, 2014

Tauhu Sos Tiram

Ini namanya menu konon nak kuruih..tp kalau seketul besar tu mkn sorang xtau la kuruih ke tak..hahaha. Ni memang menu paberet sy sejak sebelum kawen lg..kakakanda sy juga menggemarinya. Tp kalau nk buat resipi ni kena guna tauhu yg lembut tu baru sedap. Kat cni agak susah utk cari tauhu lembut, & sy baru je terjumpa di sebuah pasaraya. Eksaited rasanya, balik trus buat resipi idaman ni..lama sgt dah tak makan.

Sebenarnya, utk buat nya ikut suka kit nak letak apa. Cuma yg wajib ada mestilah shittake & sos tiram. Sy suka letak bermacam sayur kat dlm nya sebab bila di gigit ada bermacam tekstur..antaranya, carrot, cendawan shittake, celery & capsicum. Nak buatnya pula tersangat la mudah..cepat plak tu. Kalau tgh kebulur tu, tak payah la masak maggi, baik buat tauhu ni. Sedap & juga sihat.



Tauhu Sos Tiram

Bahan-bahannya:

1 kpg tauhu lembut yg besar
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh stock ayam
daun bawang dihiris halus
air secukupnyer
minyak utk menumis
cili merah dihiris
bawang goreng

Cara-caranya:

Kukus tauhu selama 5 minit angkat dan ketepikan. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga harum. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, dan air secukuopnyer dan kacau hingga mendidih. masukkan stock ayam, minyak bijan dan garam secukup rasa.  kacau hingga pekat. Angkat dan tuang ke atas tauhu tadi. Taburkan daun bawang, bawang goreng dan hirisan cili.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template