Tuesday, April 15, 2014

Korean Mochi Bun

Suatu masa dulu sy pernah terbaca tentang korean bun ni. Bun nya rangup di luar & chewy di dlm..mcm menarik je kan. Tp menurut beberapa sumber, tepung nya agak sukar utk dijumpai. Sedikit kiciwa sy mendengarnya. Masa blk bln Dec aritu, sy terjumpa korean bun ni..dia jual kat Bread Story, Times Square. Sy pun try la beli 2 biji sebab teringin nk rasa..tp Kashfe pula yg habiskan. Sy sempat rasa segigit je. Tak sangka pulak Kashfe pun suka korean bun ni. 

Kira puas la hati sebab dpt merasa korean bun ni (mcm org mengidam la plak..hehee). Yg lg best nya, masa cari barang kek kat bakery, sy ternampak pre-mix utk korean bun..tanpa berlengah terus sy capai sepeket. Harga nya agak mahal, 500g berharga rm10..tp sebab Kashfe dah suka apa salahnya (padahal, diri sendri yg eksaited nak beli tepung tu..huhuu). 

Nak membuatnya sgt mudah, berbanding roti biasa yg lebih cerewet & memerlukan masa yg lama. Sy cuma masukkan semua bahan dlm bm & cuma perap 15min je. Terus boleh bakar..senang kan?? Kalau mkn masa panas2 lg sedap. Celup dgn susu pun sedap jugak. Rasanya lemak2 manis..maybe dlm premix tu dah siap ada gula kot. Korang patut cuba roti ni, lain dr yg lain..sgt unik rasanya.


Korean Mochi Bun
By: Anim Ismail

Bahan-bahannya:

550g korean bread premix 
150g telur
10g susu tepung
10g soya sauce
95g mentega
175g air sejuk
60g bijan hitam (sy lebihkan 10g)

Cara-caranya:

Kaedah sy (menggunakan breadmaker) :-
1. Masukkan bahan cecair (telur, soya sauce & air sejuk) ke dalam bm.
2. Masukkan pula bahan kering (korean premix, susu tepung & bijan hitam).
3. On kan bm & biarkan ia menguli hingga selesai. 
4. Selepas itu, biarkan selama 15minit & boleh lah dibentukkan bulat-bulat seberat 40g.
5. Spray doh dengan air & bakar pd suhu 180degC selama 30~35mins atau sehingga perang.



1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template