Tuesday, March 18, 2014

Seafood Pizza with Sausage Stuffed Crust


Haritu teringin makan pizza. Tp sy tak berapa suka Pizza Hut..pd sy Dominos lebih menarik, lebih sedap, lebih lembut & lebih banyak topping berbanding Pizza Hut (maaf ye peminat2 PH). Oleh yg demikian, rasanya lebih baik kalau sy buat pizza sendri..boleh sy olah sesedap rasa. Lgpun sy dah nak balik bercuti lg 2 hari, lebih baik habiskan stok barang2 yg ada. Nanti kalau rosak syg je.

Pizza kali ni sy menggunakan resipi dr CMG..sy berminat sebab doh yg terhasil cukup2 utk buat sebijik pizza. Dan juga, di dlm doh nya diletakkan chopped garlic serta oregano. Pasti sangat menarik hasilnya. Oleh sebab topping nya dah terlampau banyak, jd sosej sy gunakan utk membuat stuffed crust. Sy letak sosej di tepi bersama sedikit cheddar n balut kan. Agak susah nak terangkan, harap korang paham ye. 

Utk sos dia pulak, sy campurkan pelbagai jenis sos..kebiasaan nya sy menggunakan sos spaghetti, tp harini kehabisan stok. So kita hamtam je la apa yg ada ya. Topping nya pun korang boleh letak sesuka hati. Jgn sampai melimpah dah la..hehehe. Tertanya pizza homemade lebih sedap dr Dominos. Dgn bau yg semerbak seantero rumah, doh yg sgt lembut & gebu serta wangi & limpahan topping serta keju yg meriah, memang berbaloi utk buat sendri. Ok, cukup iklan pizza buat kali ni..hehehe. Sila berterima kasih pd CMG atas resipi doh nya yg sgt menarik ya.



Seafood Pizza with Sausage Stuffed Crust
Oleh: CMG
Olahan: Anim Ismail

Bahan Doh:-
250 g tepung roti (high protein flour)
130 ml air
1/2 camca teh garam
1/2 camca besar gula
1 camca teh yis (instant yeast)
1 camca besar madu
1 camca besar lemak sayur (shortening)
2 camca besar minyak zaitun
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca teh oregano kering

Bahan sos:
5 tbsp sos cili
3 tbsp sos lada hitam
3 tbsp sos barbeque
1 tbsp sos tomato
* campur sebati semua sos

Bahan topping:
8 barang sosej - dipotong
20 ekor udang basah - sy perap dahulu
6 batang crabstik - dipotong
6 biji cendawan butang - dihiris
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 biji capsicum - dipotong bulat
Parutan keju mozarella & cheddar secukupnya

Cara-caranya:

Untuk doh: 
1. Ayak tepung dalam satu bekas, satukan yis segera, garam, gula, oregano kering dan cincangan bawang putih. Gaul hingga rata. 
2. Tuang madu dan minyak zaitun, gaul hingga sebati dalam tepung. Curah air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh. 
3. Kemudian campurkan lemak sayur bersama doh dan terus menguli hingga adunan bersatu dengan lemak sayur dan mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. 
4. Bulat2kan doh dan masukkan ke dalam bekas yang telah disapu mentega. Tutup dengan plastic cling dan biar 1 jam atau hingga naik sekali ganda.

Kaedah lain: Masukkan semua bahan dalam breadmaker dan pilih setting untuk doh. Tekan dan biar hingga siap.

Untuk pizza: 
1. Keluarkan doh, uli 5 minit dan letakkan doh atas dulang pizza yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Tekan2 dgn hujung jari sehingga doh memenuhi dulang tadi. 
2. Biar doh tebal sedikit di bahagian bibir dulang. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 5 minit. (Sy letakkan sosej & sedikit cheddar cheese di bibir nya & gulungkn utk menjadi stuffed crust)
3. Keluarkan dari oven dan sapu dengan sos, susun udang & crabstick, capsicum, cendawan & bawang. Akhir sekali baru tabur keju hingga rata.
4.  Turunkan suhu 180C dan bakar lagi 15 - 20 minit. Hidangkan panas2 bersama cili sos/tomato atau sos kegemaran.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template