Monday, March 31, 2014

Kuih Cara Berlauk

Assalamualaikum


Ini adalah kuih wajib ada di bulan Ramadhan. Kalau pegi bazar Ramadhan mesti beli kuih ni. Acuan kuih ni dah beli hampir setahun lepas..asik guna yg bentuk belimbing je utk buat cara manis. Cara berlauk ni malas sikit sebab agak renyah n bahan2 tabur dia pun banyak sangat. Tp oleh sebab dah teringin & tak ada org jual skang ni, terpaksa la dibuat sendri. 

Resipi ni sy ambil dr blog yatie sebab tergoda dgn kejadian kuih cara beliau. Cuma saya tak letak bawang goreng sebab sy tak suka. Ada yg sy taburkan cheddar cheese di atasnya. Konon nya nak bg lebih sedap..dan memang ianya sedap, cuma setelah mkn muncul rasa bersalah sebab dah menternak lemak di awal pagi..hehehee.

Kalau buat sendiri, sukahati kita la nak letak inti nya sebanyak mana kan..yg penting bila mkn tu mmg penuh dgn inti, baru la sedap. Owh ya, utk acuan yg 1st time digunakan @ yg melekat..sebelum masak tu, panaskan acuan tersebut bersama minyak yg banyak. Bila dah panas boleh la tuang keluar semula minyak tersebut, insyaAllah kuih cara tidak melekat. Sy dah cuba & terbukti berkesan. 


Kuih Cara Berlauk
Oleh: Yatie

BAHAN UNTUK INTI 

  • 200 gm daging kisar
  • 2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar udang kering
  • Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong
  • Garam dan sedikit gula
BAHAN UNTUK ADUNAN TEPUNG:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam
CARA-CARA MENYEDIAKAN INTI
  1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak.
  3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
  4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering.
  5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
UNTUK MENYEDIAKAN ADUNAN TEPUNG
  1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
CARA MEMASAK KUIH
  1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng.
  4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template