Thursday, March 27, 2014

Karipap Pusing Sardin


Setelah sekian lama rasa rindu pulak nak buat karipap. Masa peknen dulu tiap ari meng'karipap'..sehari sampai 200bijik. Tp time tu ada asisten yg tlg..dlm masa sejam je dah siap 200bijik. Itu masa zaman kegemilangan karipap la..skang tidak lg. Ini pun tetiba je mood nak meng'karipap dtg..tp teringin nk mkn karipap pusing, sebab tak pernah buat sebelum ni. Misi mencari resipi pun dijalankan.

Skang ni kalau nk search resipi, sy search dr google image..peluk kan? Sebab sy suka tgk pic yg santekk. Terus terpikat nak cuba..ntah apa2 ntah. Sedangkan byk resipi yg menarik & sedap tp tak bergambar @ gambar kurang menarik. Tp tak selalu la mcm tu. bila dah terlalu banyak pilihan baru sy buat mcm tu. Kali ni sy amik resipi dr Shiela SpiceJourney..pic dia mmg terbaekk la, & lg 1, ramai yg dah cuba dahn puji resipi ni.

Nak buat karipap pusing ni tak la semudah membuat karipap biasa. Dia ni cerewet sket, byk step yg perlu di buat. Tp semua kerja keras tu berbaloi sbb rasanya sgt lezattt. Ditambah pula dgn inti sardin..lg lg bertambah sedap la. Kalau ada yg tak mkn sardin boleh juga ditukar dgn inti karipap biasa yg menggunakan kentang @ keledek. Resipi ni menghasilkan pastry yg sgt flakey & tidak terlalu berminyak. Seswai utk org yg nak diet mcm sy..ahaksss


Karipap Pusing Sardin
Oleh: SpicesJourney

Inti Sardin : 
1 tin Sardine/Mackerel size sederhana
2 biji Bawang Besar *
2 ulas Bawang Putih *
1/2 inci Halia *
6-8 tangkai Cilipadi *
3 sudu besar Cili Mesin
1 sudu besar Jus Lemon/Limau
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa 

Cara-caranya:
1. Hiris nipis semua bahan bertanda (*). 
2. Panaskan minyak untuk menumis. 3. Tumiskan semua bahan yang dihiris tadi hingga kekuningan dan naik bau. 
4. Masukkan cili mesin dan sedikit garam dulu dan goreng dengan api perlahan hingga cili betul betul garing dan hilang bau cili. 
5. Kemudian masukkan sardin bersama sosnya sekali dan hancurkan. Masak sambal hingga kering. 
6. Masukkan garam secukup rasa dan jus lemon/limau. Kacau rata hingga kering dan bolehlah diangkat. 7. Sejukkan betul betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap.

Bahan doh A :
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Veg Shortening
2 sudu besar Margerin

Bahan doh B :
2 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Minyak Jagung
1 sudu kecil Garam atau secukup rasa
1/2 cawan Air ~~ Anggaran

CARA MEMBUATNYA :
1. Satukan semua bahan untuk doh A. 2. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. 
3. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat. Ketepikan.
4. Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk di tengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. 
5. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak PANAS) sehingga menjadi seperti serbuk roti. 6. Bancuhkan garam bersama air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat di tangan. 
7. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.
8. Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan dan masukkan pula 1 bahagian dari doh A pula. 
9. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya. Rujuk gambar di blog Shiela utk gambaran yg jelas ye.
10. Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana ketebalannya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya.
11. Selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10-15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut.
12. Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer.. Isikan inti secukupnya, juga jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. 
13. Kemudian boleh lah panas kan minyak dan goreng. Sedia utk dinikmati.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template