Friday, March 7, 2014

Hotdog Bread & Blackpepper Sauce

Assalamualaikum semua..



Bila tiba musim hujan ni mula la peyut pun asik lapar je kan. Dah lapar, merayap la mencari menu2 menarik utk mengisi peyut yg berkeroncong. Badan pun dah mcm di pam2..enche somi kata sy dah mcm 'telur'. So paham2 la kan..huhuu. Dah musim tengkujuh, nak buat aktiviti luar pun terbantut..bila duk umah je, ni la yg jd. Mkn, tido, tgk tv..sangat horrorrrr ye. 

Masa tgh membelek-belek ebook dr Kak Ros JM, ternampak resipi roti john n blackpepper sos. Rupanya tersangat menarik, telan air liur dibuatnya..hahaha. Dgn pantasnya sy mencari resipi roti hotdog, & terjumpa resipi kat MyResipi. Ramai yg dah cuba roti ni & semuanya memberikan feedback yg positif. Bahan-bahannya pun sgt simple. Utk sos blackpepper plak sy amik resipi Kak Ros..pun sangat mudah nak membuatnya.

Tp, bila roti n sos blackpepper dah siap, tiba2 menu bertukar..dr roti john, jd roti bersama sosej plak..hahaha. Ni akubatnya bila perut dah berkeroncong & penyakit 'm' tiba2 menyerang. Utk lebih menarik, sy juga menambahkan telur rebus yg dihiris sebagai fillingnya..tak ketinggalan, mayonis, keju, salad, tomato & benda wajib..sosej yg sy rebus terlebih dahulu. Konon nk buat makanan sihat la kan..huhuhu. Ada yg teringin??? Sila lah mencuba ya. ;)


Hotdog Bread
By: Yani MyResipi

Bahan-bahannya ( 6 biji )

160ml air
250g tepung roti
14g(1 1/2 sudu besar) gula
4g(1 sudu kecil) garam
8g(1 sudu besar) lemak sayur
2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
16g(3 sudu besar) susu tepung

Cara-caranya:


1. Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap

2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
3. Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm
4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit
5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.



Sos Blackpepper

Oleh: Ros JintanManis

Bahan-bahanya:
sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) ataupun tepung jagung
1 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis*
3 sudu kecil serbuk lada hitam*
2 inci halia*
1/2 biji bawang besar ( saiz sederhana)*
2 ulas bawang putih*
1/2 kiub pati ayam maggi*
2 sudu besar gula
beberapa titik minyak bijan ( ni kalau tak nak letak pun takpe)


Cara-caranya:


1. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk dan masukkan gula dan garam, masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan pula beberapa titik minyak bijan, untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu, sesuaikan rasa dan sedia untuk disejukkan dan di simpan di dalam botol.
3. Boleh dihidangkan bersama roti john dan ape jua hidangan bergoreng yang lain. Selamat Mencuba.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template