Sunday, March 2, 2014

Cheesy Cheesecake

Assalamualaikum teman2..




Kek ni banyak sungguh namanya, ada yg panggil snow cheesecake, cheesecake meleleh, cheesy cheesecake & mcm2 nama lg la. Kat Labuan kek ni memang sgt popular. Boleh dikatakan setiap umah yg kenduri pasti ada kek ni. Pernah juga sy cuba membeli kek ni, tp rasanya agak kurang menepati citarasa sy. Mungkin sebab dia menggunakan tepung optima & hanya menggunakan susu pekat dlm topping nya..ini membuatkan rasa yg sangat manis pd kek tersebut.

Oleh yg demikian, sy mencari resipi yg sebenarnya utk di cuba. Cara pembuatan nya tidak lah sesukar mana..hanya perlu membuat kek, topping nya & tabur keju parut..dah siap. Tp mlm tu pulak Kashfe buat perangai taknak tido..hadoiii la, sy dah terlebih eksaited nak buat cheesy cheesecake ni. Setelah penat bermain, dlm pukul 11pm baru la dia tertido. Ini tidak mematahkan semangat sy.



Sy pun memulakan aktiviti sebaik lps dia tido..dan segalanya selesai dlm jam 1.30am. Enche somi pun sanggup tak tido sebab nak rasa kek ni..hahaha. Bersemangat sungguh kami. Dgn tanpa rasa bersalah, sy telah memakan sebaris panjang kek tersebut..memang tak terasa muak langsung, sekejap je hilang dlm mulut. Bahaya owh kek ini. Balanced nya kami buat mkn bekfas. Tertanya la lps disejukkan ianya lebih lazat n nyaman..dan tak perlulah di soalkan bape byk plak sy mkn kali ni..biarlah rahsia..hahaha. Terima kasih bebanyak kpd tuan punya resipi ni ya..sy sharekan di sini pula.



Cheesy Cheesecake
Oleh: CT Delima

Bahan-bahan :
6 biji telur - buang putihnya dari 2 biji
100 gram gula kastor
100 gram tepung hong kong / self raising flour / tepung gandum
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk - dari peti ais
1 sudu teh baking powder
2 sudu besarn ovalette
75 gram mentega - dicairkan

Krim Cheese :
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis -
Cara: satukan kedua-dua bahan dan putar sehingga adunan licin tidak berketul.

Untuk Topping :
1/2 kotak cheddar cheese KRAFT - diparut

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Kemudian masukkan mentega cair dan putar lagi sehingga sebati dan pekat.
2. Sediakan loyang bulat 8 inci yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.
3. Bakar dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak, dengan kepanasan 150' C.
4. Bila kek sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
5. Sapukan krim cheese di atas bahagian kek yang bawah, kemudian tenggekkan bahagian kek yang atas tadi di atasnya.
6. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
7. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
8. Masukkan dalam peti sejuk selama 1-2 jam sebelum dipotong dan dihidangkan.




2 comments:

  1. owh...oke..tetiba dpt idea nak contribute apa time kenduri tahlil mertua buat bln ni...thanks for idea n recipe :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template