Monday, February 24, 2014

Mee Kering Goreng Sukahati

Hebat kan bunyi nama masakan ni.. Haaa, kalau korang tengok apa saja resipi yg dibelakangnya ada perkataan 'sukahati', maknanya sy telah merekacipta resipi tersebut dgn sesukahati sy..hahaha. Ini biasanya terjadi bila ketandusan idea nk masak apa, dgn barang2 yg agak limited. So, kita campak je apa yg ada hingga menjadi sebuah resipi yg lazat. (Bunyi mcm pro je, padahal hampehhh) hahahah

Yg sebenarnya, mak sy selalu masak mee kering ni. Mee ni mcm maggi tu, cuma dia tiada perasa..hanya mee sahaja dlm paket tersebut. Sukahati kita la nak goreng, buat sup or apa saja. Utk sy, kalau nk buat maggi goreng ni yg paling penting mestilah banyak sayur mayur di dlm nya. Utk kali ni tak brapa pelbagai sayur yg sy gunakan, sbb itu je yg wujud dlm peti sejuk..huhuu. Kalau ada yg teringin, boleh la cuba resipi sukati ni ya.. ;)


Mee Kering Goreng Sukahati
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
5 ulas bawang merah*
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih*
4 biji cili merah*
2 sudu besar udang kering* - direndam
100gm udang basah
4 sudu besar kicap 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
Garam & gula secukup rasa
4 keping mee kering - direndam hingga lembut
100gm sayur sawi
100gm sayur kobis
2 biji telur

Cara-caranya
1. Tumbuk/kisar bahan-bahan yg bertanda (*).
2. Panaskan minyak & tumiskan bahan tumbuk serta cili kisar.
3. Setelah pecah minyak, sos tiram, sos cili & kicap. Gaul sebati.
4. Masukkan udang, sayur sawi & kobis. Masak hingga sayur sedikit layu.
5. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Perasakan dgn garam & gula.
6. Masukkan mee & gaul rata.
7. Ketepikan mee, pecahkan telur & tanam telur, timbus dgn mee.
8. Biarkan 30saat sehingga telur masak & gaul sebati.
9. Sedia utk dihidangkan bersama limau atau sos kegemaran anda.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template