Tuesday, February 18, 2014

Ikan Pari Bakar Sambal Bunga Kantan

Menu makanan sihat kita harini adalah, ikan pari bakar bunga kantan. Bila sebut je bunga kantan, mesti ramai yg telan air liur kan..terbayangkan bau nya yg menusuk rongga hidung..fuhhhh, mmg paberet sy tu. Kalau boleh, masak apa pun sumer sy nak letak bunga kantan..melampau sungguh la kan. Takkan buat kek pun nak letak bunga kantan..hahaha

Resipi ni sy amik dr dapur CMG. Kalau nak cari resipi lauk2 yg menarik, sila lah ke sana ye. Pelbagai resipi lauk tradisional n moden ada kat sana. Boleh rambang mata di buatnya. Resipi yg sy pilih ni sgt simple, tp juga sgt sedap..di tambah pula dgn air asam kerisik & mkn bersama nasi panas, silap2 2,3 pinggan nasi pun terkorban ni. Lepas tu, mula la rasa bersalah meruntun jiwa kan..dah biasa sgt..hahaha. So, utk korang2 yg berani, sila lah cuba resipi di bawah ni ya ;)



Ikan Pari Bakar Sambal Bunga Kantan
Oleh: CMG

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan pari "tuka" jenis pari daun (ikan pari kecil, bersaiz  9 inci)
Hirisan halus bunga dari 1/2 kuntum bunga kantan
1 helai daun kunyit, mayang halus
3 biji limau kasturi, perah jusnya
Sos ikan secukup rasa
Sedikit gula
1/3 cawan pati santan
Daun pisang secukupnya

Bahan kisar halus:
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1/2 kuntum bunga kantan
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
Sedikit kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus



Cara-caranya:
  1. Ikan pari tuka dikerat 4 bahagian, cuci bersih dan perap dengan jus limau kasturi dan sedikit garam selama 10 minit. Cuci kembali, toskan. Sementara itu kita buat bahan sambal pulak.
  2. UNTUK SAMBAL :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum dan terbit minyak. Masukkan santan dan terus memasak hingga pekat. Tambah sos ikan secukup rasa dan sedikit gula, kacau rata dan tuang jus limau kasturi. Masak sekejap dan rasa. Mesti ada rasa masin, manis, masam, lemak dan sedikit pedas. Matikan api dan ketepikan.
  3. UNTUK IKAN PARI BAKAR BUNGA KANTAN :- Ambil sehelai daun pisang, jika guna daun pisang yang agak tua, layur dulu atas api untuk mengelakkan ia pecah semasa membungkus nanti. Bentang daun pisang. Ceduk 1 camca besar sambal. Ratakan atas daun pisang, ambil 2 keping ikan pari, lap kering dengan paper towel, dan letak atas sambal tadi (seperti dalam gambar).
  4. Sapu atasnya dengan 1 camca besar penuh sambal hingga rata. Tabur dengan 1/2 bahagian hirisan daun kunyit dan 1/2 bahagian hirisan bunga kantan. Bungkus kemas dan bungkus dengan sehelai lagi daun pisang. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 dan ikan tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 8 -10 minit untuk setiap bahagian. Mat bakar dalam kuali ajaib seperti anda nampak dalam gambar diatas. Bila masak hidangkan dengan belahan limau kasturi, dan hirisan cili padi. Sedap dimakan panas2.

Air Asam Kerisik
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya:
1 sudu makan asam jawa
3 biji cili merah - diracik halus
2 biji cili hijau - diracik halus
7 biji cili api - diracik halus
2 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang besar - dipotong dadu
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 inc belacan - dibakar terlebih dahulu
1 sudu besar kerisik
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 cawan air suam


 Cara-caranya:
1. Gaulkan asam jawa dan air suam kemudian tapiskan.
2. Masukkan semua bahan yg telah dipotong ke dlm mangkuk & gaul sebati.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, jus limau, belacan & kerisik.
4. Gaulkan serta perasakan dgn garam & gula.
5. Hidangkan bersama ikan bakar.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template