Tuesday, January 7, 2014

Pavlova

Assalamualaikum semua..


Kini sy kembali setelah lama balik bercuti di kampung halaman terchenta..cewahhh. Kembali kpd realiti, back to 'nature'. Mcm tak caya sy dah blk cni semula..hurmmm. Jadinya, utk mengubati hati yg nestapa & duka lara, ialah dgn mencuba resipi2 yg terkumpul semasa di kempung heleman ku. InsyaAllah kalau ada masa nanti akan sy ceritakan xtvt2 yg menarik sepanjang cuti2 hujung tahun itu.

Haritu sy siap bawak blk buah2 yg tidak wujud di cni, seperti markisa, stoberi & blueberi..puas cari raspberi tp tak jumpa. Dgn adanya buah2an yg menarik ni, mcm2 menu yg muncul di kepala. Yg paling senang & menarik, tentunya cik pavvy aka pavlova. Ni 1st time sy nak buat pavlova (ketinggalan zaman sungguh kan)..takpe, better late than never bak kata omputih..hehehee. Nak membuatnya pun sgt mudah, cuma masa membakarnya agak lama. 

Sy guna resipi dr dapur CMG. Rasanya, resipi pavlova ni semua pun hampir sama, cuma mungkin ada sedikit perbezaan antara resipi. Pd sy, sy hanya akan menggunakan resipi yg paling mudah..hehehe. Bila cik pavvy kita dah masak & sejuk, boleh la di hias mengikut citarasa masing2. Akhirnya sy berjaya membuat pavlova bertatahkan stoberi, bluberi & markisa..dah lama sgt teringin, tp kat cni tak wujud beri2 ni. Rasanya....sgt sedap, dgn kombinasi buah yg masam2 manis..bila digigit buah yg masam, cream yg lemak & base cik pavvy yg manis, ia bagaikan meletup-letup di dlm mulut..huhuuhu. Resipinya korang boleh gugel & sy juga ada lampirkan di bwh.


Pavlova
By: CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 putih telur (mat guna telur gred A)
1 cawan gula halus (mat cedok keluar 2 camca teh)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan non-dairy whipping cream, putar hingga kembang
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula. 
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, mat guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template