Sunday, September 29, 2013

Masa bersama™

0 comments
Assalamualaikum teman-teman..

Apa?? Resipi??? Owhh no no no... Harini  sy nak bercuti. Penat setiap hari duk kat dapur tu. Sekali sekala teringin jugak nak rasa masakan org lain kan..selalunya kalau org yg masak, kita akan rasa sedap sgt..tak tahu la kenapa. Sebenarnya hari ni kami nk keluar beli barang dapur, beli susu & pampers Kashfe & benda yg tak sepatutnya di beli pun telah terbeli (mmg biasa la mcm tu) huhuu

Setiap hari duduk di rumah mesti Kashfe bosan, jd kami bawak la dia jalan2 di luar. Buat terapi kaki di pantai, bermain di taman, makan2 di luar & mcm2 lg..seronok rasanya bila tgk Kashfe gembira. Bila di luar juga, Kashfe sgt berselera utk mkn..habis la tiap masa nak kena mkn di kedai. Mcm2 budak ni, umur baru setahun jagung tp dah pandai demand. Haihhh, apa la nk jd dgn budak skang ni.

Owh ya, lupa plak nk bgtau. Hari ini adalah hari yg bersejarah dlm hidup sy..kenapa bersejarah??? (korang jgn gelak tau).. Sebenarnya hari ni adalag pertama kalinya sy siang ikan sendiri, bkn ikan bilis tau. Sebelum sy tak pernah pun bersihkan ikan (buang insang, perut, sisik & sbg nya). Sebab biasanya kat pasar Semenanjung, org yg jual tu akan terus siap siangkan ikan. Tp kat cni, dia timbang & terus bungkus je. Tp bagus la juga, sekurang2 nya sy telah belajar satu ilmu baru. Takda la susah mana pun (ayat org poyo)..hahaha

Ok lah, penat sungguh rasanya arini, skang ni pun mata mcm dah tak boleh nak buka je. Tambah pula godaan golek di sebelah Kashfe ni..owhhh nikmatnya. Ok lah, esok kita bertemu lg dgn resipi2 yg lebih menarik. K la, nak bumbum dulu ye..gud nite &. Selamat mlm..daaaa

Saturday, September 28, 2013

Sambal Sotong Kering

0 comments
Assalamualaikum..

Apa menu anda harini? Pasti semuanya lazat2 kan. Hari ni enche somi teringin nk mkn sotong kering. Sotong tu sy tak tahu nak masak apa selain sambal..kalau korang ada masakan lain guna sotong kering ni, jgn lupa bgtau ye. Tp sebelum masak sotong ni kena la rendam dulu..selalunya org rendam dlm air abu, bkn abu bakar sampah tu tau. Air abu ni ada jual kat kedai runcit.

Biasanya kena rendam semalam, sebab kalau tak cukup kembang rasa mcm mkn tayar basikal (kata abg ipar sy) hehehe. Sambal sotong ni biasanya org mkn dgn nasi lemak. Fuhhh, teringat plak nasi lemak sotong tepi station LRT Dang Wangi..korang penah mkn kat situ tak??
Takpe, abaikan cite tu. Harini sambal sotong tu kami mkn dgn nasi putih je (nk diet la katakan) hahaha. 

Lauk ni lebih sedap lg kalau dicampur dgn kacang yg ditumbuk kasar..mak selalu buat mcm tu. Tp harini stok kacang takda kat umah. Kita masak guna apa yg ada je lah ye. Takda kacang pun habis juga kami mkn berdua. Cuma terpedas pulak kali ni..ni la yg jd bila laki yg beli barang. Suruh beli cili kering, dia amik je sukati..bukan nak tanya org jual tu dulu. Hurmmm, redha je la. Resipi nya sila tgk di bawah ya..

Sambal Sotong Kering
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500g sotong kering yg telah direndam
1 biji bawang besar - dihiris tebal
6 ulas bawang merah*
20 tangkai cili kering*
Sedikit belacan yg dibakar*
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kisar bahan yg bertanda (*) & tumis hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Apabila mendidih, masukkan sotong & garam. Kemudian perasakan dgn garam & gula.
4. Masak hingga agak pekat. Sedia utk dihidangkan.


Spaghetti Buttermilk

0 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Apabila setiap hari mkn nasi je, bosan juga kan..sesekali nak juga berubah selera. Jd harini kita try resipi spaghetti ye. Kashfe pun suka mkn spaghetti ni..nak masak nya pun tersangat la mudah. Jom kita buat resipi ciptaan sy yg sangat la mudah lg sedapppp..tak pecaya???cuba dulu. Cuma, rasanya tak seswai utk org yg sedang berdiet (sy terkecuali ye)..hikhik

Sebenarnya resipi ni terwujud hasil dr apa yg ada dlm fridge. Selongkar punya selongkar, jumpa la bahan2 utk buat sos buttermilk. Lebih kurang mcm buat ayam buttermilk yg sy pernah post sebelum ni. Cuma kali ni lebihkan sedikit kuahnya & tambah la apa2 sayur yg korang suka. Kalau nak pedas, lebihkan cili padi potong. Tedapppp sangat. Resipi wajib try ni. Jom kita tengok resipi nya kat bawah.

Spaghetti Buttermilk
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
3 sb butter - untuk menumis
1/2 tin susu cair
2 sb susu pekat
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2-3 batang daun kari
5-7 biji cili padi - dipotong 
2-3 batang sosej - dipotong
2-3 batang crabstik
3-4 biji cendawan butang dalam tin - dipotong
1/2 cawan isi ayam - digoreng @ direbus & potong dadu
1/2 cawan batang celery - dipotong nipis
1 biji tomato - dipotong
4-5 cili kering - dipotong & digoreng sebentar (sy tambah utk pedas)
Sedikit kiub ayam
Sedikit lada hitam 
Garam & gula secukup rasa
1 cekak spaghetti
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
  
Cara-caranya 
1) Rebus air dengan sesudu minyak masak. Bila mengelegak rebus spaghetti hingga masak.
2) Panaskan butter & tumis bawang putih, daun kari & cili padi hingga garing.
3) Masukkan sosej, crabstik & ayam. Kacau dan masukkan cendawan serta celery.
4) Bila agak masak masukkan susu cair, susu pekat & tomato. Bila mengelegak masukkan kiub ayam, sedikit lada hitam, garam gula secukup rasa.
5) Kacau hingga menggelegak masukkan air tepung jagung utk memekatkan kuah. 
6) Akhir sekali masukkan cili kering & gaul rata. Bila mengelegak tutup api  dan sedia dihidangkan.


Roti Canai & Sambal Sardin

1 comments
Fuuhhhh, tengok tajuk pun dah meleleh ayaq lioq. Breakfast simple bila enche somi tiada di rumah. Lgpun mlm td pukul 2am baru tido, menyiapkan order customer..sangat penat. So, kita masak yg simple je la..paling bagus boleh dirangkumkan skali dgn lunch..ohhh my, 'rajen' nya sy..hahaha. Tp, roti canai tu bukan sy buat sendri ye..sy teringin gak nak blaja buat roti canai, tp belum sampai seru lg nak buat.

Roti canai tu sy bawa dr kampung halaman terchenta..melampau kan roti canai pun nak hangkut bwk dtg cni. Kat cni memang ada roti canai, tp even kat kedai mamak punya roti canai pun keras yg amat..mcm rasa mkn kulit kayu je. Ciann kat org cni. In Sya Allah nanti sy akan jual roti canai frozen ni kat cni. Supaya diorg dpt rasa roti canai yg sebenar.

Roti canai frozen ni, mcik tua yg buat..lembut & berlapis-lapis dlm nya. Sedapppp sgt..cuma bentuk dia la agak pelik, dia buat bentuk empat segi & bukan bulat. Selalunya sy mkn roti canai ni dgn susu pekat..sedappp. Kuah dal pun ok, tp kari xpayah bg pun xpe..hehehe. Meh tgk resepi sambal sardin sy. Cara masak roti canai frozen rasanya semua org tahu kan??hehehe



Sambal Sardin
by: Anim Ismail

Bahan-bahannya
1 tin sardin ~ brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam & gula
minyak utk menumis



Cara-caranya
1. Panaskan minyak & goreng ikan sardin hingga sedikit garing. (lebih selamat jika kuali ditutup sebab ikan akan meletup-letup).
2. Angkat ikan. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
3. Masukkan pula sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air, garam & gula. Masak lagi hingga mendidih.
4. Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
5. Masukkan hirisan bawang besar & perahan limau kasturi, kacau seketika dan padamkan api. Angkat dan hidangkan bersama roti canai. 




Ikan Merah Masak Taucu

0 comments
Huarghhh..sy dah pening nk pikir menu utk masak tiap ari. Encik somi hanya tau beli lauk je, bila tanya nk di masak apa dia kata sukahati la. Adoiii, lauk sukahati itu sgt susah la..cuba bg specific sket. Xda la susah nk pikir. Bunyi nya macam masalah besar je kan?? Tp sy rasa mesti suri2 di rumah je mengalami hal yg sama kadang2.

Ok, sebab xda sape nk bg idea nk masak apa..so, sy akan masak lauk paberet sy..iaitu ikan masak taucu bersama timbunan timun & bawang..yayyyy. Lauk paling simple n paling sedapppp (bg sy la). Ada gak yg tak suka lauk ni..sy suka sebab dia tak muak & ada rasa masam2 pedas yg sangat membuka selera. Bila gigit timun yg dah serap kuah taucu tu lg la deboommm rasanya (over sungguh citenya). 

Tp org kat cni masak taucu nya lain sikit..ada letak rempah kari. Owhh no no, sy x suka kari ikan (masa dulu sy panggil lauk jahat)hahaha. Tp skang kena la masak juga sebab enche somi suka kari ikan. Dah, jom kita tengok resipi ikan masak taucu version anim..hehehe


Ikan Merah Masak Taucu
by: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 ketul ikan (ikan pape pon bole)
1 ulas bawang putih
2 hiris halia(potong panjang2)
5 biji cili api(nak pedas tambah lg)-ditumbuk
2 sudu besar taucu
1 batang timun yg dipotong panjang 11/2inch
1 labu bawang besar-dihiris
air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
1 sudu besar gula
3 cawan air

Cara-caranya
1. Goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit.
2. Sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. Masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang putih & halia hingga naik bau. 
3. Masukkan air, cili padi yg ditumbuk, taucu, timun dan air asam jawa. Tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
4. Setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.


Okonomiyaki

1 comments
Utk menu harini kita terbang ke Japan plak ye. Yg sebenarnya sy teringin sangat nk buat takoyaki, tp takoyaki pan nya xda. Cari punya cari resipi, terjumpa la dgn resipi ni,  Okonomiyaki..berbelit gak la lidah nk menyebutnya. Yg ni xperlu acuan, buat atas non stick pan je. Mcm buat lempeng tu.

Bahan2 nya pun lebih kurang sama mcm nak buat takoyaki..cuma bentuk je yg berbeza. Agak eksaited gak la nk menerai (vocab baru) nye. & yg paling best, nak buat nya sangat mudah..bahan2 pun x banyak.. i loikeee. Biasa la anim, nk yg mudah & sedap je..huhuu. Virus penyakit 'm' dah dtg..hehe. Owh ya, resipi ni dah lama sy simpan, n terlupa plak dr mana sy amik. Maaf ya tuan punya resipi. Kalau ada siapa tahu resipi ni siapa punya, inform sy ya.

Mesti ramai yg nak tahu apa rasanya kan?? Rasanya hampir sama dgn takoyaki, cuma sy rasa next time sy kena kurangkan kuantiti tepung @ lebihkan sayur2an. Utk sos pula, sy kehabisan mayonis, jd sy gantikan dgn sos thausnd island. Sos worcestershire tu pula sy masak dgn sedikit tepung jagung utk memekatkan nya. Kalau ada bonito flakes pasti bertambah best rasanya. Unik rasanya, dlm setiap gigitan ada pelbagai rasa. 

  • Okonomiyaki
    Bahan - Bahannya
    100 gram tepung gandum
    150 ml dashi atau air sejuk
    50 gram kubis - dipotong halus
    50 gram lobak merah - dipotong halus
    Sedikit daun bawang - cincang
    1 sudu teh serbuk lada sulah
    1 sudu teh serbuk pati ayam 
    1 biji telur
    Garam secukup rasa
    50 gram udang, atau sosej, crab stick - dipotong dadu ( pilih salah satu )

    Bahan Sos :

    1 sudu besar mayonis
    1 sudu besar worcestershire sauce

    Cara-caranya

    1. Campurkan tepung gandum, air dan kacau sehingga sebati. Masukkan telur, garam
    dan lada sulah. Kacau lagi. 
    2. Masukkan kesemua bahan-bahan lain kecuali bahan sos.
    3. Panaskan non stick pan. Sapu dengan sedikit minyak. Tuangkan adunan, masak sehingga keperangan. 
    4. Angkat & sapu bahagian atasnya dgn sos worcestershire serta mayonis. Akhir sekali tabur dgn daun bawang. Sedia dinikmati..nyum nyum


Thursday, September 26, 2013

Cream Horn

0 comments
Assalamualaikum..


Bila tangan gatal nak try resipi baru, inilah yg terjadi.. Cream horn, masa kecik2 dulu ada 1 bakery kat Ipoh jual roti ni..time tu bila tgk roti yg pelik mcm ni punya la suka, tiap kali pegi mesti beli. Tp time tu namanya Snail Horn..sebab macam siput kot. Kalau tak salah time tu dia jenis pastry & bukan roti. Yg jenis roti selalu mamak jual roti yg naik moto tu jual.

Acuan utk buat cream horn ni ada jual di bakery yg jual barang2 kek tu. Tak mahal pun. Tp agak renyah sikit nak pintal2 tu. tgk la rupa cream horn sy tu..ada yg gemuk, yg senget, yg bengkok n mcm2 kecacatan lg la. Asalkan masih ada rupa horn n ada lubang dlm nya ok la kan..hahaha. 

Utk filling nya, sukahati korang la nak letak apa. Kalau nk tahan lama, boleh letak buttercream, atau nk yg nyaman bleh try whipping cream wif nutella. Filling kali ni sy buat experimen, swiss meringue buttercream mix roselle jam..pelik tak??hahaha. Sy jumpa resepi ni kat sini, byk sgt roti & sessert yg menarik kat cni.


Cream Horn
by: Christine

Ingredients:
210 gm bread flour
56 gm cake flour
20 gm milk powder
42 gm caster sugar
½ tsp salt
6 gm instant yeast
30 gm whisked egg
85 gm water
84 gm tangzhong (a.k.a water roux)
22 gm unsalted butter, melted

Method:
1. Use a breadmaker, add all wet ingredients first: egg, water and tangzhong. Then add the dry ingredients on top in this order: salt, sugar, milk powder, bread flour, cake flour and lastly instant yeast. Turn on your breadmaker and set to “dough” mode. When all ingredients just come together, pour in the melted butter and let the breadmaker continue kneading. (Note: As the dough is extremely sticky and too difficult to knead by hands, it’s recommended to use a breadmaker.) Keep kneading until the dough is smooth, not too sticky on the surface and elastic. The time of kneading in the breadmaker is about 30 minutes. Then let the dough stay inside the breadmaker to complete the 1st round of proofing, about 40 minutes, double in size.
2. Transfer the dough to a clean floured surface. Deflate and divide into 9 equal portions, each about 60 grams.
3. Knead into ball shapes. Cover with cling wrap, let rest for 15 minutes at room temperature.
4. To shape the dough: Then roll it into a 40cm long tube with two hands. Wrap tube-shaped dough around a greased cream horn mould, starting at the tip.
5. Place on a baking tray lined with baking paper, with seam side down. Repeat this step with the rest of the dough.
6. Let proof for the 2nd round, about 40 minutes (preferably at 38C/100F, 85% humidity).
7. Brush whisked egg on surface. Bake in a pre-heated 180C (356F) oven for 13 to 15 minutes, until turns brown.
8. Remove from the oven and transfer onto a wire rack. Let cool completely. Remove the cream horn moulds.
9. When ready to serve, pipe the filling cream into the horns. Enjoy!


Tuesday, September 24, 2013

Ayam Goreng Berempah

1 comments
Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hati tiba2 teringin pula nak mkn ayam goreng berempah mcm kat kedai nasi lemak kukus tu. terbayangkan serbuk2 bumbu dia tu..aishhh, meleleh ayaq lioq..huhuhu. Tp apa resepi nya?? Xkan plak nk pegi mintak kat mcik yg berniaga tu..agak2 la kan. Jd, di zaman yg serba canggih ni kita mintak tlg enche gugel la. 

Penat menggugel akhirnya jumpa la resipi dr kak Madihaa. Apa yg menariknya ialah ayam goreng berempah dia ada byk serbuk bumbu tu..memang itulah yg di idam2kan. Bila tgk bahan2 nya plak, senua pun ada..so kita proceed je la. Cite banyak pun tarak guna. Lg cepat siap, lg cepat dpt ngappp..hehehe. 

Upsss, Kashfe x cukup umur lg nk mkn ayam goreng berempah ni..awk mkn sup sayur je la ye..hehehe. Kashfe susah betul nk mkn skang ni, kalau kita mkn, baru lah dia nk mkn..kalau nak suap dia je mkn, dpt la sesuap 2 je. Hai la anak..umur 14bulan, tp berat 8.3kg je. Tp mak x kisah semua tu, asalkan awk membesar dgn sihat sudah. Eh, mcm mana plak bleh terpesong karangan ni?? Dah dah..jom salin resepi ni cpt..hehehe


Ayam Goreng Berempah
oleh: Madihaa

Bahan-bahannya
½ ekor ayam saiz besar
1 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar penuh gula pasir
½ sudu kecil aji (optional)
Minyak masak secukupnya
Penapis gorengan berdawai halus

Bahan kisar kering (guna food processor/blender kering)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ ~ 2 inci halia ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik.. kalau kecik letakla 2 inci)
1 ½ ~ 2 inci lengkuas ~ potong kecik2 (bergantung saiznya besar atau kecik)
3 ~ 4 batang serai ~ ambil bahagian pangkal saja lebih kurang 1 jengkal/6 inci.. bersihkan & potong2 1 inci (maknanya dptlah 6 potongan bg setiap batang serai (ini adalah untuk dapatkan serdak yg panjang2)
1 inci kunyit hidup (boleh ganti 1 sudu kecik serbuk kunyit) 
1 sudu besar rempah ketumbar biji
½ sudu besar rempah jintan manis biji
½ sudu kecil rempah jintan putih biji

Cara2 menyediakan.  
1. Ayam dipotong beberapa bahagian & cuci bersih & tos.
2. Bahan2 kisar di atas.. dikisar menggunakan food processor atau blender kering.  Kalau guna blender kering, blend sikit2 ye sebab kalau masuk semua takut tak muat.  
3. Perapkan ayam & semua bahan2 kisar & bahan2 perasa & gaul sebati.  Perapkan selama 30 minit hingga satu jam.
4. Panaskan minyak & masukkan ayam satu persatu sekali dengan rempah yang dikisar tadi. Gunakan api yang sederhana. Sesekali rempah2 yang timbul dikacau2 sikit. Bahagian bawah ayam tu sekali sekala dikarih2 sikit supaya ia tak berkerak. Tapi jangan dibalikkan selagi ia belum garing. Biarkan garing di sebelah kemudian barulah dibalikkan. Bila dah garing bolehlah diangkat & toskan. Lepas tu.. gunakan penapis berjaring halus tadi & sauk/kaup kan serdak2 yang dah garing dalam kuali tadi & toskan juga. 
5. Sambung menggoreng lagi ayam & masukkan semua rempah2 yang dikisar tadi untuk mendapatkan / menghasilkan serdak yang lebih banyak.
6. Hidangkan ayam di dalam pinggan hidangan & taburkan serdak yang telah ditoskan.  



Sunday, September 22, 2013

Chocolate Indulgence

0 comments
Salam hari minggu semua..

Apa xtvt hari minggu ni? Mesti sibuk bersama keluarga kan. Setelah 3minggu berlalu, harini sy telah membuat kek enibesari kami yg ke-2. Sampai 3minggu delayed nya. Ye la, enche somi baru abis pantang..boleh la mkn telur lepas ni..hehehe. Mcm org baru bersalin pula. Tahun lepas kami beli je kek enibesari, tp tahun ni nk try buat sendri..lebih bermakna bila kita buat sendri kek utk hari yg bersejarah kan.

Kek enibesari kali ni adalah Chocolate Indulgence. Kami sama-sama suka dgn kek ni..tp kat cni tak ada secret recipe, so inilah peluang nya utk kita try buat kek ni. Excited sgt nak buat sebab semalam 'BV4050' pun buat kek ni jugak..meleleh ayaq lioq tgk pic nya. Nak membuat nya memang tak mudah..terlalu banyak step2 nya..& mousse putih tu pun kena buat sehari sebelum. Boleh dikatakan agak cerewet jugak la kek ni..tp bila dah siap, sangat berbaloi. Boleh mkn sampai muntah.

Resipi ni sy ambil dr blog Putri sebab kat situ dia ada tunjuk step2 nya dgn sgt detail. Jd, kalau sesiapa yg minat utk mencuba boleh la rujuk di blog tersebut ya. Sy menggunakan coklat Beryls, tp kalau guna Valrhona pastinya lebih menusuk jiwa. Kek ni saiz 9", beratnya pula lebih kurang 2.5kg..hebat kan??? Kami hanya 3 org je kat rumah ni..apa lg, bersedekah la kat jiran sekeliling. Esok plak paksa enche somi bawak bekal ke skul..hahaha. 

K la, mata pun dah mcm mata panda ni..akibat terlebih mkn kek (org diet mmg mcm ni). Nak teman Kashfe golek2..hehehe. Daaa


Chocolate Indulgence
Sumber: Puteri

*INFO PENTING YERR...MULA2 SEKALI KITA BUAT FILLING MOUSSE COKLAT PUTIH SEHARI SEBELUM KITA BUAT KEKNYA....SBB COKLAT PUTIH KENA SIMPAN DLM PETI SEJUK SEKURANG2NYA SEHARI LAH LEBIH BAIK....PLS TAKE NOTE YERR....


CHOCOLATE CHIFFON
BAHAN A
30GM SERBUK KOKO (LARUTKAN DGN 120ML AIR SUAM)
4 BIJI KUNING TELUR (TELUR DIASING PUTIH DAN KUNING)
100GM GULA KASTOR
130GM TEPUNG NAIK SENDIRI
1/2 TSP BAKING POWDER
1/2 TSP SODA BICARBONATE
60ML MENTEGA (DICAIRKAN)/MINYAK JAGUNG
1 TSP ESEN VANILA

BAHAN B
4 BIJI PUTIH TELUR
60GM GULA KASTOR
1/4 TSP CREAM OF TARTAR

CARA-CARA
1. PANASKAN OVEN PADA SUHU 180C. SATUKAN BAHAN A DAN PUKUL HINGGA KEMBANG MENGGUNAKAN HIGH SPEED.
2. DI DALAM MANGKUK LAIN PUKUL BAHAN B (PUTIH TELUR) HINGGA KENTAL GUNA HIGH SPEED.
3. SATUKAN BAHAN A KE DALAM BAHAN B SECARA KAUP BALIK. TUANG KE DALAM LOYANG 9" DAN BAKAR SELAMA 40 MINIT ATAU HINGGA MASAK.
4. ANGKAT DARI LOYANG DAN TELENGKUPKAN KEK DI ATAS REDAI BIARKAN BETUL-BETUL SEJUK BARU DI POTONG KEPADA 4 LAPISAN.

FILLING : MOUSSE COKLAT HITAM
200GM CHOCOLATE MASAKAN HITAM
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
1/2 TBSP MENTEGA
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
1 1/2 TBSP GELATIN
50ML AIR
SIMPAN SEDIKIT ADUNAN UNTUK DI SAPU TIPIS KEPADA KEK)

FILLING : MOUSSE COKLAT PUTIH (yg ni kena buat sehari utk simpan semalaman)
200GM COKLAT MASAKAN PUTIH
100ML SUSU SEGAR UHT
2 KUNING TELUR (DI PUKUL DAHULU)
2 PUTIH TELUR (DI PUTAR HINGGA KEMBANG)
60GM GULA KASTOR
250ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR) - DI PUKUL HINGGA PEKAT
2 TBSP GELATIN
50ML AIR


TOPPING COKLAT GANACHE
150ML ANCHOR WHIPPING CREAM (TAWAR)
350GM COKLAT MASAKAN HITAM
1 TBSP MENTEGA CAIR
(MASAK SECARA DOUBLE BOILER, PANASKAN WHIPPING CREAM *** HINGGA BERBUIH DI TEPI PERIUK, MASUKKAN COKLAT DAN MENTEGA, KACAU HINGGA CAIR DAN TUANG KE ATAS KEK)

*** HIASAN : UNTUK PIPING COKLAT GANACHE DI ATAS KEK, SEJUKKAN DAHULU COKLAT DI DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM. KELUARKAN DARI PETI SEJUK DAN KACAU DENGAN HAND WHISK HINGGA RATA, MASUKKAN KE DALAM PIPING BAG DENGAN NOZZLE PILIHAN DAN PIPE DI ATAS KEK ATAU DI TEPINYA. SETELAH SIAP MASUKKAN KEMBALI KEK YANG DI HIAS DENGAN COKLAT KE DALAM PETI SEJUK.

*** UNTUK MENDAPATKAN COKLAT GANACHE YANG LEBIH KERAS TAMBAHKAN SUKATAN COKLAT MASAKAN LAGI BANYAK LAGI PEKAT TEKSTURNYA DAN SESUAI UNTUK MEMBUAT BUNGA ATAU BORDER.

CARA-CARA :

MOUSSE COKLAT HITAM
1. RENDAM GELATIN DGN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI MENTEGA DAN GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR, GAUL HINGGA RATA.
*** SIMPAN DLM PETI SEJUK 1 JAM


MOUSSE COKLAT PUTIH
1. RENDAM GELATIN DAN AIR SEHINGGA KEMBANG. CAIRKAN SECARA DOUBLE BOILER HINGGA GELATIN LARUT. KETEPIKAN.
2. CAIRKAN COKLAT MASAKAN PUTIH SECARA DOUBLE BOILER, MASUKKAN KUNING TELUR KE DALAM ADUNAN COKLAT CAIR DIIKUTI GELATIN CAIR, GAUL HINGGA SEBATI. ANGKAT.
3. DI DALAM MANGKUK LAIN, PUTAR PUTIH TELUR DAN GULA HINGGA KEMBANG, KAUP BALIK KE DALAM ADUNAN COKLAT YANG MASIH PANAS KEMUDIAN MASUKKAN SUSU CAIR DAN WHIPPING CREAM YANG DIPUTAR. GAUL HINGGA RATA.
4. MASUKKAN MOUSSE KE DALAM PETI SEJUK SELAMA 4 JAM SEHINGGA BEKU. KEMUDIAN KELUARKAN DAN PUKUL DENGAN WHISK MENGGUNAKAN HIGH SPEED HINGGA PEKAT DAN BERTANDUK. SEELOKNYA MOUSSE COKLAT PUTIH DI BUAT SEHARI LEBIH AWAL. *** DAN DI SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK. APABILA HENDAK DI GUNAKAN, WHISK SEMULA HINGGA KEMBANG BARU DI SAPU KE ATAS KEK.


CARA-CARA :
1. POTONG CHIFFON KEK KEPADA 4 LAPISAN.
2. LAPISAN PERTAMA : LETAK KEK KE DALAM LOYANG 9" (LOOSE BASE TIN). TUANG MOUSSE COKLAT PUTIH DI ATASNYA DAN RATAKAN.
3. LAPISAN KEDUA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN PERTAMA, TUANG MOUSSE COKLAT HITAM DI ATASNYA DAN RATAKAN.
4. LAPISAN KETIGA : LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KEDUA, TUANG BAKI MOUSSE COKLAT PUTIH DAN RATAKAN.
5. UNTUK LAPISAN TERAKHIR, LETAK KEK DI ATAS LAPISAN KETIGA DAN SIMPAN DI DALAM PETI SEJUK SEMALAMAN.
6. KELUARKAN KEK DARI ACUAN, SAPU TIPIS DENGAN MOUSSE COKLAT HITAM KESELURUH KEK DAN SIMPAN SEKEJAP DI DALAM PETI SEJUK HINGGA BEKU.
7. LETAK CAKE DI ATAS WIRE RACK DAN TUANG TOPPING COKLAT GANACHE, BIAR COKLAT MENGERAS BARU DI HIAS.
8. POTONG MENGGUNAKAN PISAU YANG DIRENDAM DI DALAM AIR PANAS, LAP DAN POTONG KEK.


Saturday, September 21, 2013

Egg Benedict

0 comments
Assalamualaikum..


Sebenarnya ini menu minggu lepas. Resipi ni tersangatla mudah nya..tp yg penting ianya lazattt. Menu ni utk sy & Kashfe je..enche somi pegi keje. Lgpun dia masih dlm pantang..hehehe. Sy & Kashfe pun pantang juga..pantang nampak, semua nak ngappp. Breakfast ni nampak mcm hebat je, tp yg sebenarnya punya la senang nak buat. Tak sampai 5minit dah siap prepare, cuma nak masak nya ambil masa sedikit.

Rupanya juga sangat menarik, bukan saja budak2 tergoda, mak budak pun join sama..haha. Jd skarang, kalau ada balanced roti xda la membazir dah. Breakfast ni agak sihat sbb kita hanya menggunakan butter yg sedikit..sesuai utk org yg nk kuruih mcm sy (nk kuruih, tp mkn x hengat donia). Owh yg, lupa plak, resepi sy buat sy tambah cheddar cheese kat atasnya (haippp, jgn kata apa2) hahaha. 

K lah, jom kita tgk cara nak membuatnya pula.. Breakfast yg mudah & sedappp.


Egg Benedict
by: Azlita MasamManis

Hidangan untuk 2 orang

2 biji telur
2 keping roti putih - dibuang tepinya
lada hitam - freshly cracked
Sedikit butter atau majerin
Garam
Sedikit oregano 

Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan. 
Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. 
Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
Pecahkan sebiji telur ke atas roti. 
Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. 
Taburkan sedikit oregano
Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit.
Sedia untuk di nikmati





Daging Blackpepper

0 comments
Apa khabar anda semua?? Semoga sihat sentiasa..


Hari ni dah xtau nak masak lauk apa..rupanya susah jugak jd mak ni ye. Setiap ari nk kena pikir nk masak apa yg menepati citarasa somi & anak2 (upsss, anak sy baru 1, mkn pun masih semi-solid food) huhuu. Skarang baru paham kenapa mak sy selalu kata xtau nk masak apa. Owhhh, indahnya ketika kanak2 dulu.. Dah dah, nnt start merapu merapan plak.

So, lepas selongkar fridge, sy pun ambik keputusan nk try daging blackpepper. Resepi ni resepi mak mertua sy. Sangat simple resepi nya, tp ramai sgt yg order & minta tlg masak daging blackpepper ni. Aritu sy dah menuntut la ilmu apa yg patut..so skang masanya utk kita mengeksperimentasikan kan nya. 

Owh ya, resepi ni sukatan nya semua agak2..paham2 je la org tua masak, mana ada diorg rajin nk sukat2 ni. So, korang pun agak2 la ye..rasa dah olah la sendiri mengikut citarasa masing2. Sy memang kurang yakin masak tanpa sukatan ni, tp Alhamdulillah jadi. Somi kata sama mcm yg mak dia masak..yeay yeayy. Bleh tido sambil tersenyum la nampak nye..hehehe


Bahan-bahannya
500g daging batang pinang
Lada hitam ditumbuk - mengikut tahap kepedasan individu
1/2 cawan kicap pekat 
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng daging

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, masukkan daging, kicap pekat, garam & gula. Gaul sebati. Tutup kuali supaya daging mudah empuk.
2. Biarkan sehingga daging empuk, jika terlalu kering boleh ditambah sedikit air. 
3. Apabila hampir kering masukkan lada hitam yg ditumbuk. Biarkan seketika & sedia utk dihidangkan.
*masak dgn api yg agak perlahan ye, supaya daging dapat lembut dgn sempurna.


Tuesday, September 17, 2013

Jem Roselle

2 comments

Harini adalah hari yg membosankan. Enche somi pegi kursus arini, tinggal la kami berdua terkontang-kanting. So, aktiviti sy ialah mencari resipi-resipi yg menarik utk dicuba. Tp kita save dulu ye, sbb kalau nk masak skang, mana ada siapa nak habiskan. Sebenarnya, kat depan umah ni ada byk sgt pokok roselle mil sy tanam & tersangat la subur..tiap masa pun berbuah. Sebelum ni, sy hanya pandang buah tu n buat dekkkk je.

Lepas sy jumpa resepi ni, dgn eksaited nya sy pegi kutip buah roselle ni, dlm hujan renyai plak tu..sangat gigih kan.hahaha. X sabar rasanya, nk rasa jam ni. Kalau dr warnanya, memang sangat menarik. Mesti korang semua pun x sabar nak tahu rasanya kan kan kan???

Rasa jem ni, sangat sedap. Bukan nak puji sesaja..tp memang betul sedap. Sebab dia ada rasa masam & manis yg sangat seimbang. Bila mkn dgn roti hokkaido yg suam2 tu..fuhhh, rasa x berhutang. Korang kena try sendiri. Memang x menyesal. Sy berasa sgt bangga dpt buat jem sendiri (x pasal2 je)hahaha. 

Owh ya, kalau siapa nk buah roselle tu jemput la dtg amik kat umah. Sayang je buah nya kering kat pokok. K la, xnk membebel dah.. Sy share resipi nya kat cni..cuba ya..


Homemade Roselle Jam
by: Vivian Pang


yield about 400g jam
Ingredients : 
4 cups fresh roselle calyx, about 200g (after separate from the central seedpod.)
½ cup of water
1½ cups sugar

Methods :

1. Wash the red fleshy calyx till clean. Tear into small size. Blend roselle together with water till fine.
2. Pour the blended roselle into wok/ pot. Add in sugar and cook at medium low heat till roselle mixture become thick.
*Stir occasionally especially during end of process.
*It tooks about 25 minutes for it to thicken

Sebelum diproses

Saturday, September 14, 2013

Tepung Pelita

0 comments
Jeng jeng jeng.. Harini kita mamam tepung pelita, tp kat perak diorg panggil kuih limas. Ayah sy suka sangat kuih ni..dan dia akan bising bila kuih tu kurang gula & santan nya. Sy buat ni konon nya nk bgtau ayah yg anak nya dah terer buat kuih paberet dia ni..nanti blk bleh la anim buatkan utk ayah ye.

Dengan gigih nya lps breakfast trus amik daun pisang. Jenuh jugak la nk buat bekas tu bg org yg amatur mcm sy ni, nk mengukur & menggunting bagai..hahaha. Tambah plak dgn 'pembantu' yg serba boleh tu..tersangat la mencabar nye. Tp demi mu tepung pelita, sy gagahkan jua..hehehe. Tp sarung yg sy buat tu agak terbesar sedikit, mkn sebijik trus muak rasanya..next time kena kecik kan sikit. 

Malam td lepas si tecik tu tido baru la sempat nak sambung buat kuih ni. Dr pg dah amik daun pisang nya, tp mlm baru siap..adoiii la. Masa nak bancuh tepung tu baru perasan yg daun pandan lupa amik..xkn la nk amik memalam ni kan, so sy letak esen pandan & pewarna hijau je. Agak sedey sbb tepung pelita tu dah x original..huhuu. Lain kali buat kita guna yg ori semuanya..hehehe. K, meh tgk resipi nya pula..


Tepung Pelita
sumber: MyResipi.     

Bahan-bahannya ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )
Lapisan bawah
1 cawan tepung beras 
1 cawan gula 
5 cawan air
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesen dgn sedikit air

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata.
Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat
Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atai gelas kecil dan ratakan.
biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam.
kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.
Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.


Hokkaido Milky Loaf

0 comments
Assalamualaikum..


Mood meroti masih meluap-luap ni. Maap la kalau asik resepi roti je ye..huhuu. Tp roti ni lain dr yg lain..percayalahhhhh.. Sebenarnya sy buat roti ni sbb nk abiskan whipping cream yg dah dibuka, nnt kalau rosak syg plak. Ditambah plak dgn lauk kari kepala ikan yg ada balanced lg. Maka, muncul la idea utk try roti hokkaido ni.

Menurut pakar (iaitu beberapa blogger), namanya roti ni hokkaido sbb menggunakan hokkaido milk .yg agak mahal..sy xtau la plak apa rupanya hokkaido milk tu. Sy guna susu dutch lady je, maybe sy patut bg nama dutch lady milk loaf..hahaha (k la, behenti merepek dah). 

Rasa roti ni hampir sama dgn loaf kat Sun Moulin, tp sy lupa apa nama loaf tu. Lepas ni dah xpayah da nk beli roti mahal tu..huhuhu. Resepi ni sy amik dr Kak Nor & yg asalnya dr Angie's Recipes & Wendy. Korang jgn pelik tgk resepi nya ya, sebab memang xda butter @ shortening @ marjerin..sy pun mcm x pecaya mula2 tu. Tp Alhamdulillah, jd dgn sangat sempurna. Sy share resepi kat cni utk korang try ye.. Selamat meroti


Hokkaido Milky Loaf
by: Angie's Recipes

Ingredients
  • 540 g Bread flour
  • 60 g Cake flour
  • 10 g Dry active yeast
  • 30 g Milk powder
  • 80 g Sugar
  • 9 g Salt
  • 1 pc Egg
  • 250 g Fresh milk
  • 150 g Whipping cream (heavy cream)


Method

  1. Mix all the ingredients in the bowl of an electric stand-mixer. Remember separate the yeast from salt and sugar to avoid the dehydration.
  2. Knead until gluten is fully developed and the dough is elastic, smooth, non-sticky and leave from sides of mixing bowl. Cover with a damp towel and allow the dough to ferment until double in size, about 60 minutes.
  3. Take out the dough and press out the gas produced during the proof. Divide it into 4 portions. Round up and let rest for about 20 minutes.
  4. Roll each dough out and roll up and place in a 13x33x12cm loaf pan. After shaping, let the dough rise up to 2/3 full. Brush with egg wash or milk. Bake in a preheated 170C/340F oven for about 40 minutes.



Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken

4 comments
Assalamualaikum semua..

Sy kembali dgn resipi dr dapur anim..wahhh, sejak bila la plak wujudnya kan..hehehe. Maklumla ekaited nk share resipi sendiri..sebelum ni asyik refer resipi org lain je. Nampak sgt la xtau memasaknya..malusss i tau (plural lg, nk tunjuk betapa malunya).hahaha. Seperti biasa la kan, kalau dah namanya resepi dr dapur anim, semestinya resepi tu mudah dah sedap..org 'rajen' memang begitu..kuikuikui

Sebenarnya, resipi ni wujud sebab teringin nk mkn ketam buttermilk kat Anjung Ketam (tempat mkn seafood paling femea kat labuan), tp xdpt la nk mkn lg sbb ada org dlm pantang. So, kita tukar la menunya jd ayam buttermilk plak. Mula2 enche somi dengar dia kata pelik, tp bila dah masak dia jugak la yg mkn paling banyak..hurmmm, cakap x serupa bikin..hahaha

Bila korang dah buat kuah dia tu, bleh juga kalau nak tukar kepada haiwan lain, seperti udang or ketam..paling best sy pernah try, letak udang then gaul dgn spaghetti. Trus jd spaghetti buttermilk..yummy yummyyy sangat. Kalau suka pedas, boleh la lebihkan cili padi nya. Nk kuah banjir lebihkan susu cair, tp lps tu seimbangkan rasa garam gula ya. Resipi nya sy bg kat bwh ni..cekidauttt


Ayam Buttermilk @ Creamy Butter Chicken
oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
Bahan perapan
250g ayam (potong kecil2) 
1 sudu kecil garam 
1/2 sudu kecil gula 
1 sudu kecil serbuk kari ayam 
1 sudu besar tepung jagung 
1 biji telur 

Bahan menumis 
2 sudu besar mentega 
2 biji cili padi - jika mahu pedas lebihkan 
1-2 tangkai daun kari segar 
1/2 cawan susu cair 
1 sudu besar gula (nak letak pati ayam pun boleh) 
secubit garam & lada sulah secukup rasa 

Cara-caranya 
1. Perap ayam minima 1 jam. Kemudian goreng ayam hingga masak & ketepikan. 
2. Panaskan kuali, cairkan mentega. Tumis cili padi dan daun kari hingga naik bau.
3. Tuangkan susu cair dan diikuti bahan-bahan lain.Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa.
4. Masukkan ayam & gaul hingga sebati atau boleh juga dicurahkan kuah di atas ayam. Dah siap..


Friday, September 13, 2013

Japanese Style Chocolate Multi-Layer Marble Bread

0 comments
Hi semua,

Sebenarnya dah lama sgt teringin nk buat roti marble jenis ni..selalu buat marble yg biasa2 je. Bila terpandang rupa roti ni di blog Anh's, terus tergoda & melompat2 hati nk try buat.hahaha..(ayat x menahan). Kalau x pecaya, korang tengok la sendiri..sy punya ni memang bagai langit & bumi la kalau nk dibandingkan..huhu

Roti ni jugak sangat unik..sebab resipi nya menggunakan whipping cream. Itu lah yg membuatkan rasanya sangat milky & menjadi sangat gebu. Cara nak buat layer coklat tu sebenarnya sama mcm kita nk buat puff pastry..kaedah yg sama. Tp x perlu la kuar masuk peti sejuk..canai & lipat, buat beberapa kali. Cara yg lengkap ada di blog Anh's ya..korang boleh tengok kat sana.

Bila makan roti ni masa suam2, fuhhhh..dengan rasa coklat nya yg agak meriah, kegebuan yg menggoda lg..kalau mkn sekeping memang x cukup la. Terima kasih pada penyumbang resipi yg sangat bijak ni. Sy kongsikan resipi nya di sini ya..


Japanese Style Chocolate Multi-Layer Marble Bread
by: Anh's

For the chocolate sheet
30g dark chocolate
55g milk
1 tablespoon cocoa powder
15g plain flour
1.5 tbp corn starch
15g sugar
2 tbps condensed milk

For the bread dough 
Ingredients
220g bread flour
30g cake flour
1tsp salt
1 tsp dry yeast
70g sugar
1 egg
100ml milk
45ml whipping cream
15g melted butter
 Method:
Prepare the bread dough first!
1. Put all ingredients into the bread machine as per instructions for your machine in the dough cycle. (If you do not have a bread machine, simply knead the dough with an electric stand-mixer. Remember separate the yeast from salt and sugar to avoid the dehydration. 

Knead until gluten is fully developed and the dough is elastic, smooth, non-sticky and leave from sides of mixing bowl. Cover with a damp towel and allow the dough to ferment until double in size, about 60 minutes).

2. When the dough cycle is completed, punch down the bread dough to release the air and let it rest for 10 minutes before proceeding with the recipe.

Prepare the chocolate sheet
Put the chocolate in a bowl, and microwave on High for 40s. Take out, stir. If the chocolate is not melted, continue to microwave at 5-10 seconds increment. When the chocolate is melted, mix in the other ingredients. Mix well to combine and avoid any lump.

Put the bowl onto the microwave again. This time for 50 seconds. Take out, give it a good stir. It should be sticky and forming a dough by now. Keep stirring until everything combined.

Spread the chocolate sheet onto the cling wrap. Roll out thinly, store in the fridge while waiting for the bread dough to be ready.

Forming the bread layer
After the dough has rested, roll the dough onto a floured surface to a rectangular around 30x40cm. Place the chocolate sheet on top. The chocolate sheet should be well inside the bread dough. Wrap the bread dough onto the chocolate sheet. Use your hand to pat down and flatten the dough.

Using a rolling pin, roll the dough into a thin rectangular shape, 20x40cm. Fold the dough in three lengthwise.

Turn 90 degree. Repeat the above step. Roll the dough thinly, then fold in three lengthwise. The more `turn´ you make, the more marbling effects you will have. I turn the dough around 4 times.

Finally, roll the dough into 20x40cm rectangular. Cut the dough into three long strips. Braid them together, put into a greased loaf pan. Cover with cling wrap, and let them ferment in a warm place until doubled (around 40-60 mins depending on your room temperature).

Baking
Preheat the oven to 170C. Sprinkle the bread with some extra sugar if desired. Bake for 35-40 mins or until the bread is done. (The bottom of the bread sounds hollow when knocked). Cool on a rack. Enjoy!



Thursday, September 12, 2013

Spaghetti Bolognese Mudah (bukan mudah.my ye)

0 comments
Harini sy nak bg resipi spaghetti bolognese yg mudah nk buat & paling penting, ia sangat sedap. Resipi ni memang sy dah guna sejak mula2 blajar masak spaghetti dulu. Bunyi nya mcm susah je kan, tp yg sebenarnya tersangat la senang. Kenapa senang??sebab kita guna sos spaghetti yg readymade. Aci ke bg resipi mcm tu? X kisah la kan, asal resipi..hehehe

Bila tiap ari dah mkn nasi, rasa bosan la pulak. So kita tukar menu nasi kepada spaghetti plak..nasib la enche somi pun suka dgn benda alah ni. Kashfe x payah cite, semua makanan panjang2 mcm tali dia suka..hehehe. Hari ini kita jd org Italy lahh. 

Selalunya sy akan guna sos spaghetti kimball perasa cendawan..soa dia sedap, murah plak tu. Sebotol tu memang cukup utk dimakan dgn sebungkus spaghetti. Sebab kita dah tambah dgn daging kisar & sayur semua, dia akan bertambah banyak. Sos ni juga boleh digunakan utk buat macaroni bakar mcm yg sy pernah post dulu. Tanpa membuang masa, jom kita tgk resipinya.


Spaghetti Bolognese
oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti (San Remo)
1 botol sos spaghetti cendawan Kimball
1 tin kecil tomato puree (Kimball)
1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
1 labu bawang besar - potong dadu
4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
2-3 batang saderi - potong dadu kecil2
Cendawan butang - hiris nipis2
1 biji tomato - potong dadu
Sedikit lada hitam
Garam & gula secukup rasa
Sedikit mixed herbs
Sedikit minyak masak & air

Cara-caranya
1. Panaskan air & campur sedikit garam & minyak. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih hingga lembut.
2. Lepas tu tos kan air nya. Bilas sekali lalu dengan air sejuk.
3. Kemudian panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih sehingga kekuningan.
4. Masukkan daging cincang & masak sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan batang saderi..biar kan sekejap.
5. Masukkan sos spaghetti Kimbal, tomato puree & air secukupnya.. (air lebih kurang 1/2 cawan je ye)
6. Bila sudah mendidih, masukkan cendawang butang & tomato.
7. Masukkan garam & gula secukup rasa..masukkan juga lada hitam sesedap rasa & mixed herbs.
8. Biarkan mendidih sebentar. Kemudian boleh la dihidangkan bersama spaghetti. Dan selamat menjamu selera.


Wednesday, September 11, 2013

Kuih Koci Pulut Hitam

2 comments
Assalammualaikum sahabat..

Apa menu minum ptg ni? Menu ni sy buat masa ada kawan nk dtg melawat enche somi aritu..kira menu basi jugak la ni..huhuu. Sebenarnya masa Kashfe dlm peyut lg dah teringin nk mkn kuih koci pulut hitam ni..terbayang kaler dia yg cantik tu, siap bersalut santan lg. Bila masuk mulut tu, fuhhhh..rasa x berhutang (ayat ayah bila mkn benda sedap)..tp anaknya ni masih ada hutang ptptn..jgn wat2 lupa plak..hehehe

Dah melalut jauh ni, jom balik ke pangkal jalan..hehee. Kuih ni sy 1st time nk buat, risau gak apa akan jd..diorg kata nk balut nya susah, tp dgn tidak di sangka ada yg puji balutan kuih koci sy cantik mcm kat La Cucur uolsss..kembang semangkuk rasanya..hahaha. Dlm gambar memang la nampak sempurna, tp realiti nya hanya tuan buat saja yg tahu..huhuu

Resepi ni sy ambil dr blog Mamasya..tertarik nk try resepi sbb nampak santan nya yg sangat menggoda..cara nak bungkus nya pula korang boleh tengok kat sini Seperti kita sedia maklum, kuih ni sangat best bila kita geget..sebab bila geget yg liat tu lps tu dlm nya plak ada inti kelapa yg manis..ish ish ishh, xtau nk cite mcm mana tedappp nya. Owh ya, tepung pulut hitam tu ada jual di pasaraya, tp kalau rajin nk buat sendiri pun boleh juga. Resepi nya boleh tengok kat bawah ni ye..selamat mengoci..hikhik


Kuih Koci Bersantan
oleh: Mamasya

Bahan-bahan ( 20 biji )

BAHAN2 UNTUK DOH:-
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam- buat sendiri 
1 1/2 cawan air
BAHAN2 UNTUK INTI:-
1 biji kelapa berkulit basah (yg tidak terlalu tua)
1 ketul gula Melaka
1 cawan gula pasir
2 helai daun pandan, disimpul
1/2 cawan air
BAHAN2 LAIN:-
Daun pisang secukupnya, dibersihkan dan dilayur hingga lembut, potong 5 inci x 5 inci.
Minyak kelapa secukupnya (minyak makan pun boleh)
1 cawan pati santan + secubit garam

UNTUK INTI:- Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan.

UNTUK DOH:- Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Jika kurang air tambah sedikit lagi.

UNTUK MEMBUAT KUEH KOCI:- Ambil sehelai daun pisang, sapu dgn minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti.

Tutup inti dgn doh dan bubuh satu camca teh santan pekat.
Kemudian lipat seperti biasa.
Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak. Banyak atau kurang jumlah kueh koci bergantung pada saiz kueh masing2.

Bahan2 Inti
1/2 biji kelapa parut putih - guna 2 cwn kelapa kering
Gula biasa/ gula melaka secukupnya - letak 1/2 kpg kecil gula melaka + 1/2 cwn gula biasa
1/2 cawan air - air perlu tambah sbb guna kelapa kering 
1 sudu besar tepung gandum - tak letak
1-2 sudu besar lempuk/durian
1 helai daun pandan ~ basuh & simpulkan

Cara Menyediakan Inti
1. Masak air bersama gula biasa / gula melaka hingga larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Pastu masukkan kelapa parut,daun pandan dan lempuk/durian ke dalam air gula dan masak hingga inti menjadi agak pekat.
3. Bancuh tepung gandum dengan 2 sudu air kemudian masukkan ke dalam inti . Kacau2 rata sampai inti agak2 kering dan macam lekit2 sikit(lekit sebab ada tepung)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template