Tuesday, August 27, 2013

Harini & Semalam

0 comments
Huhhh.. hari yg agak sibuk bg semlm & harini. Semalam sibuk mengemas barang2 lama. Mana tak, tiap kali blk kampung semua benda pun nk angkut..sampai umah pun dah jd mcm tongkang pecah.

Masa mengemas semalam terjumpa macam2 barang yg masih menarik tp x dpt nak digunakan dah.. kenapa x dpt digunakan??? ehem ehem..ia adalah samada tuan punya sudah membesar, atau pun barang tersebut sudah mengecut..huhuhu. So, drpd membazir lebih baik kita jual je kan.

Paling banyak semestinya barang2 Kashfe.. antaranya botol susu yg dia x suka, baju2 yg dah x muat or yg dah terlebih beli, kasut, topi, bib n mcm2 lg la. Barang mak Kashfe yg dpt di kesan buat masa ni hanya sepasang kasut yg sangat disayangi, tp nk simpan pun wat pe..bukan nya Kashfe bleh pakai..hahaha

In Sya Allah, nanti sy update pasal barang preloved ni ye..tp iklan nya dah masuk kat Mudah.my. maybe next update kalau ada masa lapang. Harini plak enche asben admitted sbb esok ada operation..lps ni jd Misiku Anim la plak nampak gayanya..hahahah. Apapun doakan yg terbaik utk abah Kashfe ye..semoga semua nya selamat & berjalan lancar..Aminnn 

Sunday, August 25, 2013

Kuih Cara Manis

0 comments

Harini adalah hari bersejarah, kenapa hari bersejarah?? Sebab harini nk memecahkan dara acuan kuih cara..hahaha. Agak horror bunyinya kan. 1st time nk rasmikan kira pecah dara la tu. Acuan, please be nice to me ya..

Acuan ni beli kat kampung masa blk raya haritu. Kat cni mcm xpenah jumpa org jual..so lps raya aritu ajak mak pegi Kuala Kangsar..sy nk cari acuan cara manis & cara berlauk, enche asben plak nak cari pembuka kelapa. Bayangkan nak bawa pembuka kelapa yg mcm gunting besar tu naik flight..adoiii la, belum duk obersi lg.

Resepi ni sy amik dr buku resepi mak..kira resepi turun-temurun la. Tp mak dah lama x buat, sampai acuan pun dah hilang ntah ke mana. Bila mkn kuih ni teringat zaman kecik2 dulu (mcm citer ratatouille plak). Kuih ni sangat lembut & gebu..kemanisan nya pula, bergantung pd citarasa masing2 ye. Mohhh la kite tgk resepinye pula..


Kuih Cara Manis
by: Mak Anim

Bahan-bahannya

1 cwn tepung gandum
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu kecil minyak jagung
1 biji telur
1 cawan air pandan
1 1/4 cawan santan
Secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau 
Gula utk diletakkan dalam kuih
Sedikit minyak utk disapu pd acuan 

Cara-caranya

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali pewarna & gula. Kemudian tapiskan adunan.

2. Panaskan acuan dan sapu dengan minyak menggunakan daun pandan yg dilipat & diracik hujungnya.

3. Masukkan adunan ke dalam setiap lubang acuan. Biar seketika hingga lapisan tepi masak sedikit baru dimasukkan gula.

4. Tutup acuan dan biarkan selama 2-3 minit atau hingga masak. Angkat dan ulangi proses membakar hingga adunan habis.



Friday, August 23, 2013

Kek Kastard Pandan

2 comments


Assalamualaikum semua..

Setelah sekian lama menyepi, kini sy kembali..dapur juga telah kembali berasap. Al maklum la, sudah kembali ke pulau Borneo..hurmmmm. Dapur je la pengubat segalanya. Bila di kampung rindu dapur, bila di dapur rindu kampung plak..ishhh ishh ishhh

Sebenarnya, masa dlm flight blk lg dah selak blk notes lama..yg mana patut di try test dulu. Bila suruh enche asben pilih antara carrot kek dgn kek pandan, pilihannya adalah kek pandan..nasib ada resipi yg dah terperam sejak 3bln lepas.hahaha. 

Dr resepi nampak mcm susah je nak buat kek ni..tp sebenarnya sgt la mudah..kalau org amature mcm sy pun bleh buat, pasti semua org pun bleh la..huhuhuu *terlebih semangat la plak*. Tp sy gantikan santan kelapa dgn susu cair *org rajen mmg begini*huhuu

Kek ni sgt tedappp tau, lebih nyaman bila kita mkn time sejuk..sampai xprasan dah abis sepotong, Kashfe baru mkn sesudu, maknya dah 4,5 sudu *gawat gawat*hohoho. K la, jom kita tengok resipi nya kat bawah n bleh la korang cuba. 


Kek Kastard Pandan
resipi: Sweet4ever
by: Kak Nor SecubitGaram

Bahan-bahannya ( 1 biji kek )
1 biji kek span pandan  ~ resipi di bawah

Bahan (A)
180 gm gula kastor ~ k.nor letak 155gm
500 ml air daun pandan
1 sudu besar serbuk agar-agar segera

Bahan (B)
400 ml santan pekat
85 gm tepong hoen kwee hijau
1 sudu kecil pewarna hijau
secubit garam

Untuk hiasan 
1 cawan kelapa kering

Cara-caranya
Kek span di hiris kepada 2 bahagian. Ketepikan
Untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk.
Masak atas api sederhana hingga mendidih.
Kacau hingga gula hancur.
Satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata.
Masukkan aduanan ini kedalam adunan (A).
Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. (jgn terlalu lama/pekat, nanti tak smooth bila dituang atas kek)
Sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita..
Letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya
Letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad.
Hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk
Keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan .
Salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda..

KEK SPAN PANDAN

Bahan-bahannya
150g tepong super fine
150g gula kastor
5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80ml air
80ml minyak / mentega cair
1 sudu kecil serbuk penaik
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya
Sediakan tin pembakar bulat atau 4segi ukuran 8inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
Satukan gula, ovalette, tepong, serbuk penaik dan telor dalam mangkuk adunan. 
Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi ni terletak kepada kalajuan pengadun)
Perlahankan kelajuan dan masukkan air daun pandan, pes pandan dan sedikit pewarna hijau.
Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama minit atau sehingga aduan kek benar2 ringan.
Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius
Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek...lebih kurang 5 minit...bagi mengelakkan kek kita kempis.



Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri 1434H™

0 comments
   

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir & Batin. Indah nya Syawal kali ni sebab dpt sambut di kampung sendiri. Lain rasanya kalau di rumah mertua. Ini juga raya ke-2 buat Kashfe, pd Aidilfitri lps umur Kashfe baru 45hari. Sekarang dah hampir nak berjalan pun.

Taun lps pun x sempat nak pakai baju sedondon sebab x sempat nk tempah baju, lgpun Kashfe terlalu tecik time tu. Kali ni Kashfe sgt encem berbaju melayu & kopiah nya..tp susah betul nk amik pic, x reti nk duduk diam langsung.

Menu tahun ni pula, kita ada rendang campur @ rendang melaka, nasi impit segera, soto, bergedil & lemang. Haihhh, x kuruihh lg la mak Kashfe ni. Upsss, ada org nak dtg beraya ni..korang tgk la gambar 1Malaysia Kashfe ye.hehehee




Tuesday, August 6, 2013

Journey to Sesiput™

1 comments
Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah, sy dah selamat sampai di kampung halaman yg terchenta. Perjalanan kami juga sungguh lancar & dipermudahkan. Kashfe pun sgt behave sepanjang perjalanan.

Dlm flight semalam Kashfe tak cerewet & tido dgn lenanya, begitu juga dgn mak abah Kashfe..hehee. Lepas je berbuka, dgn segera kami mensettlekan sumer urusan supaya dpt balik sesiput secepat mungkin, takut kalau stuck dlm jam..huhuu

Dlm kul 1.30am kami pun bergerak menuju utara. & tiba di Sesiput lebih kurang 4.15am. Tekejut opah & atukk Kashfe, diorg ingat pagi nanti baru sampai. Kashfe plak sepanjang perjalanan tido je. Jd sepanjang arini xtvt kami adalah meng'qada tido..hehee

Tido dgn nyenyak sekali di paras 36000 kaki

       
       Tido juga perjalanan ke Sesiput

 Upsss, sorry Kashfe..turn mak@ayah plak..hehee

Sunday, August 4, 2013

Pre-balik Kampung™

0 comments
Di kala org lain sibuk ber'pre-weeding, sy pun nak ber'pre-balik kampung la jugak..hehehe. Sibuk sungguh 2,3 arini..nak ke bandar utk beli buah tangan & kiriman org, x lupa juga order rumpai laut. 

Dan perkara yg paling malas nk buat adalah packing barang..arghhhh, kalau la bleh upah org suruh packing kan best. semakin banyak MAS tambah quota luggage dia, semakin banyak la benda yg nak di hangkut..huhuu

In Shaa Allah esok (eh, dah kul 12, kira arini la) dah bleh berbuka kat Malaya. X sabar nya la..tp perjalanan masih jauh utk  sampai kampung halaman terchenta. Semoga perjalanan kami sekeluarga selamat & dipermudahkan. 

     Sy sudah motakkk..chumel kan???


Friday, August 2, 2013

Pau Lembut Gebuss

0 comments
Bila malam je mula la berpikir utk Kashfe bekfas esok..huhuu. Cian gak asik mkn roti je. So, arini rasa nak buat kan dia kuih pau. Kashfe memang suka benda yg lembut n gebuss..hehee.

Resepi ni sy ambil dr internet suatu ketika dahulu & copy kat notes. Tp sy dah lupa resepi ni ambil dr mana & siapa punya..maaf ye tuan punya resepi, minta izin share kat cni. Kalau sesiapa tahu tuan punya resepi ni, inform sy ya.

Hasil pau nya tersangat la lembut & gebu..memang teruja sgt masa 1st time buat dulu. Sebab sebelum jumpa resepi ni, lebih dr 5 resepi pau sy cuba..semuanya tidak seperti yg diinginkan. Tp resepi yg ni memang menjadi, sy pernah uli guna tangan & juga guna breadmaker..kedua-dua nya berjaya. Jd, kepada sesiapa yg baru2 belajar nak buat pau tu, boleh la try resepi yg mudah ini. Selamat mencuba ya..


Pau Lembut Gebuss 

Bahan-bahannya
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 gm (1/2 sudu teh) baking powder
50 gm (4 sudu makan) gula castor
20 gm (1 sudu makan) lemak sayuran
2 gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-caranya
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. (Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start)
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. (Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
6. Masukkan inti dan tutup kemas.
7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi yang dipotong 2" x 2 " dan susun didalam pengukus.
8. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
9. Didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu. 

Yg ni gambar sebelum direhatkan & selepas direhatkan

       
    Lihat lah betapa gebuss nya pau ini

Thursday, August 1, 2013

Agar-agar Milo Lapis Oreo

0 comments
Salam 23 Ramadhan semua..

Blogwalking di bulan Ramadhan ni amat besar dugaan nya..meleleh ayaq lioq..huhuu. Sebenarnya enche asben teringin nk mkn agar2 milo, tp xkn nk buat agar-agar milo yg plain je..so menggeledah la mencari resepi. & terjumpa dgn resepi yg menarik ni.

Teringin sungguh la nak rasa sbb rupanya sangat menggoda. Hebat sangat org yg cipta resepi ni, x terlintas pun nk buat mcm ni. Rasa nya pun terlalu lazat..mkn seketul xbleh nk behenti. Nasi pun dah x pandang sebab ada nya agar-agar ni..hehee

Resepi nya kat bawah ni ye..wajib cuba n pasti x menyesal. Enche asben telan sampai separuh bekas...ish ish ishh, sedap sgt la tu..hehee


 Heavenly Milo & Oreo Jelly (Agar-agar Milo Lapis Oreo)
 by: AlongRiz

Bahan-bahannya
1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
750ml Air
160g Gula - boleh kurangkan sbb agak manis
1 tin (400g) Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara-caranya
1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan. Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.

TIPS UNTUK MELAPIS:
a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.


* Lawak sungguh bila ada rakan di fb suruh tukar nama jd agar-agar oreo bunga telang..huhuu (almaklum la, org yg xda seni nk menghias, ini la jd nya..kuikuikui)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template