Friday, November 22, 2013

Paru Goreng Berlada

Assalamualaikum semua..

Menu ini ialah lauk bersama nangka masak lemak, paru goreng sambal..memang paberet sy ni. Dah lama sgt tak makan rasanya..sebab enche somi tak brapa bg mkn organ dalaman ni. Tp itulah paberet sy..huhuhu. Jd yg ni tak beli ye, yg ni dpt masa diorg bg daging korban..selain daging sy dpt paru korban gak..hehehe. Kalau mkn sekali sekala takpa la kan, nak kata sebulan sekali pun jarang. 

Masak sambal paru ni paling sedap kalau kita guna cili hidup berbanding cili kering yg dikisar tu. Dan nak memasaknya pun tersangat la senang. Bahan-bahan pula memang senang didapati & selalu ada di dapur. Cuma step nya banyak sikit, nak kena rebus dulu, lps tu goreng & baru boleh di masak. Kalau mkn lauk ni dgn nasi panas memang terbaekkk. Jom kita tengok resipinya. Nyumm nyummm


Paru Goreng Berlada
Oleh: Rohah
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500 gm paru- cuci & rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk..potong kecil dan gaul bersama garam dgn serbuk kunyit & goreng
10 tangkai cili besar merah - kisar
2 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih -kisar
2 cm halia -kisar
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis

Cara;
1.Cuci hingga bersih paru lembu. Rebus bersama hirisan halia & bawang putih yg diketuk selama 30min dan toskan.
2. Potong kecil dan sederhana nipis, gaulkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gorengkan, angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak masak, tumiskan bahan-bahan tumbuk sehingga garing & pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa.
4. Biarkan kering sedikit & masukkan paru tadi, gaul rata dan matikan api.
5. Sedia utk dinikmati.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template