Friday, November 8, 2013

Ayam Percik Mudah & Sedap

Assalammualaikum & camat pg semua..


Pabila penyakit M menyerang...paham2 je la kan. Sekali sekala pasti angin M bertiup. Sebenarnya, tersangat la malas nak memasak..ditambah plak tak ada idea nak masak apa. Owhh, sgt susah ok..jwb exam lg senang sbb jawapan ada dlm buku (hahhh, dah mula la mengarut tu). Okok, kembali ke pangkal jln.. Akhirnya, sy masak ayam percik yg tersangat mudah & simple.

Resipi ni adalah resipi my sis, BV4050.. Memang senang sesangat, dah la senang, sedap plak tu. Korang memang patut cuba. Mula2 dulu sy ingat nk masak ayam percik ni punya la susah & remeh, tp ternyata sangkaan ku meleset. Lps tau resipi ni, memang bila taktau nak masak apa, resipi ni la yg sy buat. Sebab enche somi pun suka benda percik2 ni. 

Sy masukkan ayam tu dlm kuali pemanggang ajaib, sekejap je garing & masak dgn sempurna. Kalau nak masukkn dlm oven pun boleh juga. Boleh pilih mana yg korang suka. Sy selalu buat kuahnya agak lebih, kira ayam percik banjir la..hahaha. Ayam percik ni sy mon dgn ulam jantung pisang rebus & sambal belacan...urghhhh, lazat tak terkata.. Jika berminat nk cuba, resipi nya sy sertakan di bawah ni ya.

Ayam Percik Mudah & Sedap 
Oleh: Norlida Ismail

Bahan-bahannya
2 bahagian paha ayam - dibersihkan
2 biji bawang besar*
2 inci kunyit hidup*
2 batang serai - diketuk
2 cm halia*
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
2 sb cili kisar - boleh tambah mengikut citarasa
1 cawan santan pekat - agak2 sehingga ayam terendam (sy guna santan kotak)
Sekeping asam keping
Sedikit kerisik
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk halus @ blender bahan2 yg bertanda (*).
2. Masukkan ayam, bahan yg ditumbuk, serai, cili kisar & santan. Dan buka api sederhana.
3. Kalau supaya ayam tersebut sebati bersama bahan2 lain.masak hingga ayam separuh masak.
4. Kemudian masukkan asam keping, kerisik, garam & gula secukup rasa. (Kalau takut terlebih masam, masukkan asam keping sebentar sahaja)
5. Masak hingga kuah menjadi agak pekat & matikan api.
6. Letakkan ayam di atas loyang pembakar & sapukan sedikit kuah percik kepada ayam tersebut.
7. Bakar ayam di dalam oven selama 30min @ hingga garing dgn suhu 190'C.
8. Setelah siap boleh dihidangkan bersama baki kuah percik tadi. 


Sambal Belacan
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
5 biji cili merah
7 biji cili padi - jika suka pedas boleh tambah
1 inci belacan - dibakar sedikit
4-5 biji limau kasturi - diambil jusnya
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Tumbuk cili merah, cili padi & belacan yg telah dibakar sehingga lumat.
2. Perahkan limau kasturi & perasakan dgn garam & gula


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template