Tuesday, October 8, 2013

Popiah Ayam

Assalamualaikum..

Malam tadi Kashfe tido awal..jd inilah masanya utk mengemas & buat apa2 yg patut. Dah lama teringin nk buat popiah ni, last skali sy buat tahun lepas rasanya. Masa nak puasa haritu kawan somi ada bg homemade popiah..sangat sedap sampai teringat2 (dah mcm kena mandrem plak). Dgn tak malunya, sy pun tanya resipi kat dia. Alhamdulillah, dia bg resipi tu.

Jd boleh la kita memopiah kan diri..hahaha. Kalau dah alang2 buat, baik terus buat sekali banyak. Boleh frozenkan..nanti bila teringin or xda idea nk mkn apa bleh terus goreng je. Popiah ni memang sesuai utk kanak2 sebab x pedas pun. Utk kita2 ni, boleh la dimakan bersama sos atau pencicah buatan sendiri. Sy tak sempat nak buat pencicah nya sebab penyakit 'm' dtg tetiba..hehehe

Kat sini sy guna kulit popiah segera..belum sampai seru lg utk buat kulit popiah sendri..huhuhu. Kulit readymade ni pun ok, bila di goreng jd sangat garing & rangup. Ada bunyi krupp kruppp lg bila di gigit. Tp kalau dah sejuk tu, xda la rapuh sangat dah. Itu maknanya, kita kena mkn masa popiah ni panas2. Tedap tedapp tedappp. Mari kita tengok resipinya pula..


Popiah Ayam
Oleh: Ummie Salha
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 keping isi ayam bahagian dada - potong dadu kecik-kecil
3 ulas bawang putih - sy tumbuk halus
1 labu bawang besar
2 cawan mix vege (carrot, peas, jagung)
1 cawan kobis potong halus - sy tambah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam - sy tambah
Sedikit kiub ayam - sy tambah
Gula & garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar & isi ayam.
2. Bila isi ayam dah separuh masak, masukkan mix vege & kobis..gaul hingga rata.
3. Letakkan perasa, lada sulah, lada hitam, kiub ayam & garam dan gula secukup rasa.
4. Biarkan seketika hingga inti tadi agak kering. Tp jgn terlalu lama sebab kalau terlalu layu juga kurang enak.
5. Kemudian angkat @ sejukkan. Apabila telah sejuk bolehlah di bungkus dalam kulit popiah kita. Gamkan bahagian hujungnya dgn campuran tepung & sedikit air.
6. Setelah siap, boleh terus di goreng & disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam freezer. Bila hendak digunakan, keluarkan 10min sebelum menggoreng.
7. Pastikan minyak cukup panas sebelum menggoreng. Goreng sgn api sederhana & alih-alihkan utk mendapat warna yg sekata. 
8. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama sos kegemaran anda. Selamat menjamu selera.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template