Saturday, October 19, 2013

Murtabak Cream Cracker


Tiba-tiba je terbayang nak makan murtabak cracker. Tp kalau buat banyak takut tak habis pulak nanti, sebab kami ber3 je..lgpun yg sorang tu ntah mkn ke tidak. Kalau buat seloyang, memang sah jd makanan ayam akhirnya. So, sy buat keputusan utk buat dlm ramekin je..tak pernah lg dibuat org kan? Xpe, biar kita yg buat..lg comel & lg senang nk mkn, xperlu potong2.

Sy buat menggunakan apa bahan yg ada di rumah je. Inti tu kalau lebih boleh disimpan di freezer. Nanti kalau nak guna, tak perlu buat lg. Resipinya sy ambil dr dapur Che Mat. Oleh sebab sy buat dlm ramekin, jd sy menggunakan biskut weetameal yg bulat tu. & inti tu pula sy campur dgn sedikit rempah sup & kurma.

Pd tekak sy, rasa murtabak ni lg sedap dr murtabak biasa tu. Murtabak ni ada rasa manis2 bila kita gigit bahagian biskut tu. Tp langsung takda rasa itu adalah biskut. Kalau dicecah dgn cuka bawang lg sedap rasanya. Tp sebab buat sikit je, jd agak malas utk buat cuka bawang tu..huhuhu. Korang2 yg teringin tu, sila tengok resipi di bawah ya. Cuba jgn tak cuba..


Murtabak Cream Cracker
Oleh: CMG

BAHAN-BAHANNYA 
22 keping + 1/2 keping biskut cream cracker
200 g daging cincang
1 1/2 camca besar rempah kari daging
150 g bawang besar yang telah didadu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*dikisar halus)
150 ml susu cair + 200 ml santan
1/2 cawan air
1 1/2 camca besar minyak masak
3 biji cili merah, dihiris (boleh kurangkan)
3 tangkai daun sup, dihiris
3 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar mentega
Garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula


CARA MEMBUATNYA 

  1. UNTUK INTINYA :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan rempah hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan tuang air, kacau rata. Bila kering, masukkan bawang besar, garam, lada sulah dan sedikit gula, kacau hingga bawang layu. Rasa dan jika ok matikan api dan alihkan dalam bekas lain. (Mat campur sekali cili hiris dan daun sup, kacau rata)..
  2. UNTUK MURTABAK CRACKER :- Alas dasar tin dengan aluminum foil, sapu dengan mentega, sapu juga bahagian tepi tin. Ambil 7 keping biskut dan kerat dua (biar sama besar) + dengan 1/2 keping = 15 bahagian. Rendam sekejap 3 keping biskut + 3 keping biskut yg 1/2 bahagian tadi dalam bancuhan susu + santan dan susun pada dasar tin. Masukkan 1/5 bahan no. 1, ratakan dan curah sedikit telur tadi (anggaran 1/5 juga). Buat kaedah yang sama untuk baki biskut dan bahan no.1 juga telur.
  3. Untuk lapisan terakhir, jika ada lebihan telur, bancuh dengan bahan susu + santan, kacau rata dan tuang atas biskut tadi hingga rata. Sudukan mentega atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template