Saturday, October 19, 2013

Ikan Singgang Daun Selasih


Ikan singgang..lauk paling senang nak masak & juga paling sedap (pd citarasa sy la). Rasanya ini makanan fofular kat negeri pantai timur. Kalau di perak kami panggil, asam rebus atau gulai masam. Tak kisah apa pun namanya, tp rasanya tetap sama. Selalunya enche somi mkn ikan singgang bersama budu. Pd mulanya sy pun tak makan budu, tp lps rasa sekali, memang nak lg..kalau ditambah dgn tempoyak lg la..fuhhhh. Tedapppp nya..rasa menyesal tak mkn dr dulu..hahahah

Sy try letak daun selasih dlm ikan singgang tu. Mulanya sy pun tak tahu, makcik di pasar tu kata daun ni utk masak ikan singgang & boleh juga dibuat ulam..baunya sangat wangi. teringin juga nak cuba apa rasanya.. dan hasilnya sangat2 tidak menghampakan. enche somi yg cerewet pun kata sedap bila ditambah daun ni. Kemudian sy cuba utk buat ulam pula, tp baunya terlalu kuat..kalau dimasak lebih sedap rasanya. Nanti kita cuba resipi lain menggunakan daun selasih lg ye. 

Kalau teringin nak rasa lauk yg senang & tedappp ni, sila lah cuba resipi di bawah ni ya. Resipi ni sy mintak dr kwn sy..sominya org kelantan. Dan dia kata ini resipi ikan singgang original kelantan. Yg daun selasih tu sy pandai2 tambah sendiri ya..hehehe. Owh, mesti korang pelik dgn kalernya kan. Warna dia mcm tu sbb sy letak nise (gula melaka)..dah sy tak tambah serbuk kunyit utk kaler kuning. Korang boleh olah sesedap rasa korang. Selamat mencuba..


Ikan Singgang
Oleh: Farah Jasni
Olahan: Anim Ismail

Bahan-bahannya
4 ekor ikan kembung - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dihiris
6 ulas bawang merah - dihiris
2 inci lengkuas - dihiris
Sedikit belacan
Sedikit budu
Sedikit nise (gula melaka)
Sedikit gula putih
Air ikut suka ( tapi jangan terlalu banyak,nanti kuah menjadi cair )
Sedikit daun selasih
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya

1. Masukkan ikan ke periuk bersama air.
2. Kemudian masukkan semua bahan2 untuk kuah tadi ke dalam periuk, kecuali daun selasih.
3. Masakkan bahan tadi sehingga mendidih.
4. Masukkan daun selasih,dibiarkan sekejap & tutup api. Siap utk dihidangkan.



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template