Saturday, October 19, 2013

Bread Bowl @ Roti World


Masa membelek picture lama, tetiba ternampak sup dlm periuk (istilah HS11) ni. First time sy rasa mangkuk roti ni ialah masa pegi piknik kat Bukit Belacan dulu..dlm 3,4 taun lepas rasanya. Sebelum ni sy penah buat mangkuk roti ni sekali dulu. Tp tak brapa nak jd..time tu pun takda bm lg, uli tangan je. Maybe gak uli tak cukup lama. Tp sy gigihkan jugak utk try kali ni. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan..cewahhhhh

Alhamdulillah, hasilnya tidak menghampakan..malah sangat sempurna (pd sy la). Bahagian dlm nya yg lembusss (lembut+gebusss) tu kita keluarkan utk diisi dgn mushroom sup, atau apa2 sahaja sup kegemaran anda. Sebab penyakit 'm' melanda, sy guna mushroom soup dlm tin je (rajen kan sy..haha). 

Resipi ni utk buat 2biji mangkuk roti je..tp korang jgn risau, kalau nk habiskan sorang sebijik mangkuk tu memang tak boleh rasanya. Sy buat utk breakfast..dan sy hanya mampu mkn supnya & roti2 di bahagian dlm je..yg dah dikeluarkan tu langsung tak diusik. Kenyang terlampau, sampai mlm tak payah mkn. Jimat kan??hehehe. Kalau korang rajen, cara buat sup nya pun sy sertakan sekali..jd apa lg, jom la kita menguli & meroti..heheeh


Bread Bowl
By: Zalina MyResipi

Bahan-bahan ( 2 biji roti )

Untuk roti.
170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan)
2 sudu besar lemak sayur
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera
*semua sukatan di paras

Untuk sup krim ayam.
1 biji bawang besar di mayang
3 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam dicincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs,lada sulah dan garam secukup rasa.

Cara-caranya
Cara buat roti.
1. Masukkan semua bahan dalam bread maker,pilih option doh. (Boleh juga diuli dengan tangan)
2. Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 2. Setiap bahagian lebih kurang 200 gm.Bentukkan bulat dan letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin.Biar doh naik selama 40 minit.
3. Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper.Bentukkan jadi bulat semula,bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga luar kulit roti jadi coklat.
4. Potong bahagian atas roti dengan pisau. Korek bahagian dalam roti.Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh guna untuk cicah dengan sup.

Cara menyediakan sup krim ayam.
1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.Masukkan ayam cincang,tunggu hingga ayam masak.Masukkan Italian mixed herb,lada sulah dan garam.
2. Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung.Masak hingga mendidih.Tutup api.
3. Blend dalam blender.
4. Tuang sup ke dalam roti.Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas. Hidangkan segera.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template