Tuesday, October 15, 2013

Aidil Adha 2013

Assalamualaikum semua.. Apa khabar?

Maaf sebab takda update 2,3 hari ni. Sy agak sibuk di dapur dating bersama mixer & oven. Sehari sebelum raya siapkan order customer sebanyak 11 bijik kek..tido 2jam je, lepas tu sambung ke pg pulak. Dah siap sumer kuar beli barang masak utk pg raya pula. Dah nampak mcm mata panda je. Kepala pun dah weng2 sket. Mlm raya pun berdating lg dgn mixer & oven, tp kali ni utk diri sendiri.

Memang setiap kali raya mesti kena ada sebijik kek, tak kisah la kek apa pun..kami panggil nya sebagai kepala meja, kalau takda kek tu kira mcm tak lengkap pula. Walaupun kami beraya hanya bertiga, tp kepala meja wajib ada..hehehe. Korang nak tau kek apa?? Tunggu yeee.. Tp yg kat fb & ig mesti dah tau kek apa kan..hehehe. Kek ni pula menyebabkan sy tido pukul 4pg..hurmmm, raya bermata panda la jawabnya.

Hebat kan raya sy.. Tak pergi beraya ke mana pun..merehatkan diri di rumah & terima tetamu je. Dah tak boleh nk kuar umah, takut pengsan di tengah jalan..hahahha, poyo je. Owh ya, menu utk tetamu yg dtg adalah laksa. Enche somi yg request, rasanya baru lg mkn laksa..turutkan je la. Okay, utk mlm ni pun masih ada lg order yg perlu disiapkan. Makcik saudara sy nak buat kenduri arwah mak dia esok. Jd dia nak tempah kuih tepung pelita, sbb arwah mak dia suka mkn tepung pelita..sedey kan?? So, hargailah kedua ibubapa kita sementara mereka masih ada.

Gambar-gambar kat bawah ni sy ambil dr ig je.. Dah x mampu rasanya nk buka laptop n edit..maap la dgn kualiti gambonya ye. Ok, sy mau sambung dating..kali ni dgn daun pisang & pengukus pula..hehehe. Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua..semoga sentiasa bahagian disamping yg tersayang.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template