Monday, September 9, 2013

Shepherd Pie

Assalamualaikun pembaca & pencari resipi sekalian..


Setelah agak lama bercuti, akhirnya baru ada masa nk menulis kembali..maklum la, sibuk jd misiku anim ni. Alhamdulillah enche asben dah semakin sihat..esok dah bleh bekerja dgn jayanya..huhuhu. Sy pula akan setia bersama little K yg makin hari makin mengganas. Sekarang dah tak boleh nak tinggal sendirian lg, ada je benda bahaya yg dia nak buat, copot jantung dibuatnya..hahaha

Sebenarnya menu ni sy buat masa hari anniversary haritu..huhhhh, lama giler..dah basi pun. misiku anim kan sibuk, penat i dah cite panjang lebar kat atas tu..hehee. Mula2 plan nya nk buat kek n pie ni, utk kami mkn ber-3..tp oleh sebab enche asben masih dlm pantang n xbleh mkn telur, maka kek nya di postponed dulu n hanya pie ni yg jd pd hari tu. 

Pie ni sangat tedappp, enche asben yg agak cerewet pun sangat suka..tp Kashfe hanya mkn kentang lenyek nya saja. Dia susah betul nak mkn benda yg pejal, tp kalau bg nasi, mee hoon or roti ok je dia mkn..kalau ada ayam or telur dlm benda2 tu, terus dia luah blk..adoiii Kashfe, fenin mak mcm ni. Nasib la dah prepared roti bunga utk dia. Resepi di sy amik dr dapur Che Mat, meh sy share kat cni..


Shepherd Pie
by: CMG

BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil - sy ganti dgn batang celery
1/2 batang lobak merah, didadu kecil - x letak jugak
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf - sy letak mixed herbs
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
  2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
  3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template