Saturday, September 28, 2013

Sambal Sotong Kering

Assalamualaikum..

Apa menu anda harini? Pasti semuanya lazat2 kan. Hari ni enche somi teringin nk mkn sotong kering. Sotong tu sy tak tahu nak masak apa selain sambal..kalau korang ada masakan lain guna sotong kering ni, jgn lupa bgtau ye. Tp sebelum masak sotong ni kena la rendam dulu..selalunya org rendam dlm air abu, bkn abu bakar sampah tu tau. Air abu ni ada jual kat kedai runcit.

Biasanya kena rendam semalam, sebab kalau tak cukup kembang rasa mcm mkn tayar basikal (kata abg ipar sy) hehehe. Sambal sotong ni biasanya org mkn dgn nasi lemak. Fuhhh, teringat plak nasi lemak sotong tepi station LRT Dang Wangi..korang penah mkn kat situ tak??
Takpe, abaikan cite tu. Harini sambal sotong tu kami mkn dgn nasi putih je (nk diet la katakan) hahaha. 

Lauk ni lebih sedap lg kalau dicampur dgn kacang yg ditumbuk kasar..mak selalu buat mcm tu. Tp harini stok kacang takda kat umah. Kita masak guna apa yg ada je lah ye. Takda kacang pun habis juga kami mkn berdua. Cuma terpedas pulak kali ni..ni la yg jd bila laki yg beli barang. Suruh beli cili kering, dia amik je sukati..bukan nak tanya org jual tu dulu. Hurmmm, redha je la. Resipi nya sila tgk di bawah ya..

Sambal Sotong Kering
Oleh: Anim Ismail

Bahan-bahannya
500g sotong kering yg telah direndam
1 biji bawang besar - dihiris tebal
6 ulas bawang merah*
20 tangkai cili kering*
Sedikit belacan yg dibakar*
Sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kisar bahan yg bertanda (*) & tumis hingga garing.
2. Masukkan air asam jawa.
3. Apabila mendidih, masukkan sotong & garam. Kemudian perasakan dgn garam & gula.
4. Masak hingga agak pekat. Sedia utk dihidangkan.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template