Saturday, September 28, 2013

Ikan Merah Masak Taucu

Huarghhh..sy dah pening nk pikir menu utk masak tiap ari. Encik somi hanya tau beli lauk je, bila tanya nk di masak apa dia kata sukahati la. Adoiii, lauk sukahati itu sgt susah la..cuba bg specific sket. Xda la susah nk pikir. Bunyi nya macam masalah besar je kan?? Tp sy rasa mesti suri2 di rumah je mengalami hal yg sama kadang2.

Ok, sebab xda sape nk bg idea nk masak apa..so, sy akan masak lauk paberet sy..iaitu ikan masak taucu bersama timbunan timun & bawang..yayyyy. Lauk paling simple n paling sedapppp (bg sy la). Ada gak yg tak suka lauk ni..sy suka sebab dia tak muak & ada rasa masam2 pedas yg sangat membuka selera. Bila gigit timun yg dah serap kuah taucu tu lg la deboommm rasanya (over sungguh citenya). 

Tp org kat cni masak taucu nya lain sikit..ada letak rempah kari. Owhh no no, sy x suka kari ikan (masa dulu sy panggil lauk jahat)hahaha. Tp skang kena la masak juga sebab enche somi suka kari ikan. Dah, jom kita tengok resipi ikan masak taucu version anim..hehehe


Ikan Merah Masak Taucu
by: Anim Ismail

Bahan-bahannya
2 ketul ikan (ikan pape pon bole)
1 ulas bawang putih
2 hiris halia(potong panjang2)
5 biji cili api(nak pedas tambah lg)-ditumbuk
2 sudu besar taucu
1 batang timun yg dipotong panjang 11/2inch
1 labu bawang besar-dihiris
air asam jawa
serbuk kunyit
minyak
garam
1 sudu besar gula
3 cawan air

Cara-caranya
1. Goreng ikan yg telah digaul garam dan serbuk kunyit.
2. Sementara goreng ikan, boleh lah menyediakan kuah taucu. Masukkan 1 sudu minyak masak, tumis bawang putih & halia hingga naik bau. 
3. Masukkan air, cili padi yg ditumbuk, taucu, timun dan air asam jawa. Tambah gula.(garam tak perlu sbb taucu dah masin)
4. Setelah ikan masak, masukkan ke dalam kuah tersebut. biar hingga mendidih, tutup api.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template