Friday, August 2, 2013

Pau Lembut Gebuss

Bila malam je mula la berpikir utk Kashfe bekfas esok..huhuu. Cian gak asik mkn roti je. So, arini rasa nak buat kan dia kuih pau. Kashfe memang suka benda yg lembut n gebuss..hehee.

Resepi ni sy ambil dr internet suatu ketika dahulu & copy kat notes. Tp sy dah lupa resepi ni ambil dr mana & siapa punya..maaf ye tuan punya resepi, minta izin share kat cni. Kalau sesiapa tahu tuan punya resepi ni, inform sy ya.

Hasil pau nya tersangat la lembut & gebu..memang teruja sgt masa 1st time buat dulu. Sebab sebelum jumpa resepi ni, lebih dr 5 resepi pau sy cuba..semuanya tidak seperti yg diinginkan. Tp resepi yg ni memang menjadi, sy pernah uli guna tangan & juga guna breadmaker..kedua-dua nya berjaya. Jd, kepada sesiapa yg baru2 belajar nak buat pau tu, boleh la try resepi yg mudah ini. Selamat mencuba ya..


Pau Lembut Gebuss 

Bahan-bahannya
250 gm (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3 gm (3/4 sudu teh) yis kering
2 gm (1/2 sudu teh) baking powder
50 gm (4 sudu makan) gula castor
20 gm (1 sudu makan) lemak sayuran
2 gm (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-caranya
1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin. (Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start)
4. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam. (Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
5. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
6. Masukkan inti dan tutup kemas.
7. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi yang dipotong 2" x 2 " dan susun didalam pengukus.
8. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
9. Didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.

Tips : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yang lembut dan gebu. 

Yg ni gambar sebelum direhatkan & selepas direhatkan

       
    Lihat lah betapa gebuss nya pau ini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template