Saturday, July 27, 2013

Sagu Gula Melaka

Sungguh pantas masa berlalu, tidak lama lagi Ramadhan akan meninggalkan kita..sedey rasanya. Entah masih dpt bertemu lagi di tahun hadapan atau tidak. Semoga Allah memanjangkan usia kita supaya dapat bersama pd Ramadhan yg akan dtg..Ameenn.

Dessert kali ni agak tradisional sikit. Bukan apa, masa balik kampung haritu, ada kawan mak di masjid yg bg juadah ni. Tiba2 pula rasa teringin nk mkn lg, so selongkar2 resepi jumpa la kat dapur Cik Mat. 

Rupanya senang je nak buatnya. Nak lg senang, sy mkn sagu tu dgn gula melaka & susu cair..lg debooommm kebabommmm rasanya. Xpayah nak susah2 masak santan (org 'rajen' memang begini)hehehee. 

Ok, skang sy dah lulus masak sagu..x terlembik atau terkeras, sedang elok je (puji diri sendri la plak)..huhuu. K, anda semua jgn lupa try ye..memang sgt seswai dibuat juadah berbuka puasa.


Sagu Gula Melaka
by: CMG

Bahan-bahannya
300 gram biji sagu, cuci & toskan
2 liter air
2 helai daun pandan
3/4 sudu teh pewarna merah

Untuk Gula Melaka
1 ketul gula melaka, dihancurkan kasar
1/2 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 helai daun pandan
*kesemua bahan utk gula melaka disatukan & dimasak hingga pekat. Kemudian tapis & sejukkan.

Untuk Santan (*sy guna susu cair sahaja)
1 cawan pati santan
1/4 sudu teh garam
1/2sudu teh tepung jagung
*kesemua bahan utk santan disatukan & dimasak. Kemudian sejukkan.

Cara-caranya
1. Didihkan 2 liter air bersama daun pandan dan pewarna merah, kemudian masukkan biji sagu dan masak hingga kelihatan jernih. Masak dengan api sederhana dan kacau selalu. Tutup api dan biar 4-5 minit dalam periuk.
2. Tuang dalam tapis dan cuci biji sagu tadi bawah air paip untuk membuang kanjinya. Kemudian masukkan ke dalam bekas2 kecil atau acuan yang anda gemari, padat2kan dan simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam. Sapu sedikit minyak pada acuan tadi. 
3. Keluarkan dari acuan dan letakkan dalam bekas sesuai, tuang gula melaka dan juga santan pekat tadi. Hidangkan sejuk..yummyyyy

      

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

a N i M Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template